BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 3 November 2011

Cermin Hati

Assalammualaikum~...
Wah...penat hari ini. Seharian berjalan-jalan bersama sahabat-sahabat yang lama tak berjumpa.Walaupun badan terasa penat namun hati rasa bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama insan tersayang~...
Indahnya ukhuwah fillah yang terjalin.Harap persahabatan kami sampai bila-bila.Berkawan sampai ke syurga~insyaALLAH...

Terdetik dihati untuk berkata mengenai erti kesyukuran.Bersyukur terhadap nikmat Allah itu walaupun sedikit~ Sebagai manusia kadang-kala kita terlalu leka dengan nikmat yang kita ada.Sampai satu masa Allah ingin menguji hambaNya dengan menarik nikmatNya barulah manusia tersedar daripada mimpi yang indah.Barulah terhegeh-hegeh mencari Allah, barulah teringat untuk berdoa kepada Allah agar di berikan semula nikmatnya.Semasa senang dilupakan, semasa susah baru nak ingat Tuhan. Ya Allah! Aku mohon agar aku bukan termasuk dalam golongan itu. MasyaAllah! Setiap apa yang kita ada sebenarnya semua datang daripada Allah.Bersyukurlah...

Hari ini aku melawat seorang sahabat yang ditimpa kemalangan jalan raya.Dia accident sewaktu umat Islam yang lain gembira menyambut kedatangan Hari Raya Puasa.Kaki sebelahnya patah dan dimasukkan besi.Jadi setiap langkahnya ditampung oleh tongkat.Kata doktor kemugkinan kecacatan kakinya akan berkekalan.Dia juga mengalami kurang daya ingatan yang mengakibatkan dia tidak dapat ingat langsung mengenai semua mata pelajaran yang diajar (tahun ni dia amik STPM).Alhamdulillah, dia masih mengingati semuanya tetapi cuma dia tidak ingat mengenai semua subjek yang pernah dia belajar. Dia tidak datang ke sekolah lebih kurang 2 bulan.Masa peperiksaan STPM pula makin mendekat...macam manalah dia nak hadapi???




Namun, dia punya semangat yang sangat kuat. Sangat kuat.Walaupun dia berkeadaan sedemikian, dia tidak pernah putus asa.Dia masih memnpunyai semangat untuk meneruskan kehidupannya, meneruskan cita-citanya Setiap hari rakan-rakannya akan membantu dengan cuba menerangkan balik mengenai setiap mata pelajaran yang pernah dia belajar.Terkagum juga dengan rakan-rakannya yang berusaha untuk membantu dan amat ambil berat mengenainya.Yelah...peperiksaan STPM makin mendekat dan mereka bekerjasama ingin membantu seorang rakan yang ditimpa kesusahan. Tujuannya adalah satu.Mereka mahu melakar kejayaan bersama. Masuk universiti bersama-sama.Hebat hubungan persahabatan antara mereka.

Kejadian dan peristiwa yang berlaku dihadapan mata ini membuatkan aku terfikir, betapa bersyukurnya aku kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.Tak ada alasan untuk aku sebenarnya untuk tidak belajar bersungguh-sungguh. Sedangkan orang yang sakit pun mahu belajar,inikan aku yang Allah kurniakan nikmat kesihatan yang baik. Kawan yang baik memang sukar dicari tetapi hari ini aku telah berjumpa dengan rakan yang bersama-sama masa senang dan susah.Bagusnya andai semua orang dalam dunia ini boleh menjadi sahabat yang baik kepada sahabatnya. Waktu suka dan duka.Diharapkan mereka semua berjaya dalam peperiksaan STPM yang bakal menjelma tak lama lagi.Diharapkan perhubungan persahabatan antara mereka terjalin sampai ke Syurga...

Buat sahabat-sahabat ku sekalian...terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik untuk diri ini.Menjadi tempat mengadu, bergaduh (hehe...), menangis, suka dan duka untuk diri ini. Jom...kita jalinkan persahabatan ini sampai ke Syurga...insyaAllah...=)




0 comments: