BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 2 November 2011

La Tahzan

 Assalammualaikum~
Wah~rasanya dah lama tak menulis blog ni.Tengok dah berhabuk teratak hamba ni.Dah bersawang-sawang blog ni dibuatnya (hiperbola punyer ayat).Tajuk entri kali ini...kembali pulang. Maksudnya saya dah kembali pulang tulis blog ni.Yeah! (merepek je lebih)...


Entri kali ni nak kongsi pasal matlamat.Anda semua ada matlamat???Mestilah kan.Terasa jelous apabila mendengar berita seorang sahabat yang dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir.Bukan jelous kerana apa...tapi kerana dia dapat menjejakkan kaki di bumi anbiya' sedangkan diri ini entah bila nak sampai ke sana. Beruntungnyalah sahabat-sahabat yang belajar di sana.Subhanallah~

"Memang dari dulu kita nak belajar kat Mesir..." Itu kata-kata sahabat saya yang berada di Mesir sekarang.Memang benar dia sudah mencapai matlamat hidup yang diidam-idamkan.Syukur alhamdulillah~Dulu pernah juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Mesir,Jordan...tapi sekarang haluan jadi berbeza pula.Sangat berbeza...Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Perancangan Allah itu adalah lebih baik.

Kadang-kadang terfikir balik.Dulu memang tak minat langsung nak jadi nurse.Bila orang tanya nak jadi ape?jadi cikgu, cikgu dan cikgu...memang tak terlintas langsung nak kerja sebagai seorang nurse.Dulu kalau kat sekolah, kalau badan beruniform yang paling tak minat sangat PBSM sebab masa tu aku fikir kena belajar pasal ubat2 orang ni. Serius tak minat langsung! Jadi doktor pun tak minat.Senang cerita kalau belajar pasal perubatan ni memang aku tak minat.Fullstop!

Yang peliknya sekarang, aku belajar dalam bidang yang memang aku tak pernah minat satu ketika dahulu.Ya Allah! Perancangan Allah itu memang sangat baikkan?Membawa aku ke satu haluan yang tak pernah aku suka.sebelum ni.Sekarang aku mula suka kerjaya ini.Betul tak orang kata kalau benci lama-lama jadi sayang?Dan sekarang ia terjadi pada aku.Kadang-kadang apa yang kita rasa yang baik untuk diri kita tak semestinya terbaik untuk kita.Kadang-kadang apa yang kita benci tak bermakna tak berguna langsung untuk kita.Allah knows best!...Thank You Allah...=)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Surah al-Baqarah :216)













0 comments: