BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 27 August 2011

Ketika Ramadan berpraktikal

Assalammualaikum...
Lama rasanya menyepi daripada menulis blog ni~...almaklumlah...mungkin kekangan masa atau mungkin diri ini yang terasa 'rajin' untuk menaip.Entri kali ni ketika Ramadan berpraktikal.Maksudnyer?????Macam pernah dengar tajuk tu...tapi kat mana???hah...tajuk ni sebenarnya telah dioter oleh empunya blog (sayala tu). Tajuk sebenar Ketika Cinta Bertasbih...tapi empunya blog terlalu kreatif dan menukarnya kepada Ketika Ramdan Berpraktikal...kreatif tak??? (Puji diri nampak~memang tak bagus)...

Nak dijadikan cerita sebenarnya selama sebulan berpuasa saya telah berpraktikal sebagai seorang bakal nurse yang berjaya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang atau nama ringkasnya HTAR. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat sepanjang berpraktikal. Kadg2 membuatkan hati ini bermuhasabah diri apabila berhadapan dengan para pesakit. Terdapat banyak ragam dan keletah para pesakit daripada yang muda sampai yang tua.Memang menguji kesabaran apabila berpuasa.Pengalaman di hospital memang tak dapat dilupakan~Bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan hati ini untuk menjalani hari2 di hospital dengan kuat dan tabah.Terasa rindu dengan staff-staff dan para pesakit yang ada di situ~