BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 8 May 2013

Cerpen : I Love You Cikgu!









“ Risya, perlahankanlah kereta kau tu. Budak-budak rempit ni jangan dilayan sangatlah.” Nasihat Lisa yang seakan cemas apabila melihat dua motor yang menghimpit kereta kawannya itu. Airisya yang sedang memandu dilihatnya tenang sahaja menghadapi situasi tersebut. Ish…aku pula yang gelabah terlebih ni!
“ Kau nak aku bawa perlahan macam mana lagi? Aku punya had laju ni kira dah memang sesuai sangat dengan jalan kampung ni tau. Kena langgar nasiblah! Siapa suruh dekat dengan kereta aku.” Balas Airisya. Lisa yang berada di sebelahnya hanya menggelengkan kepalanya. Hmm…samalah tu. Kepala mat-mat rempit tu dengan pemandu kereta ni sama-sama keras. Tak nak mengalah langsung! Tetapi jika difikirkan balik, betul juga kata Airisya tu…kalau mat-mat rempit ni kena langgar pun, bukan Airisya yang bersalah. Dia orang yang tempah maut dulu. Sedang asyik Lisa memikirkan siapa yang salah dan siapa yang betul, tiba-tiba badannya terasa melayang ke hadapan hasil penangan brek mengejut daripada Airisya. Fuh…semangat! Nasib pakai tali pinggang keledar.
“ Risya, kau tak apa-apa?” Soal Lisa cemas. Tangannya meraba-raba bahagian anggota badan Airisya yang berpotensi untuk cedera semasa brek kecemasan tadi.
“ Rilekslah Lisa. Aku okey lah. Apa yang perlu kau risaukan yang kat depan tu.” Jawab Airisya selamba. Lisa sudah membulatkan matanya.
“ Ya Allah Risya! Apa kau dah buat ni? Kau langgar anak orang wei! Itulah, aku suruh kau bawa perlahan kau degil! Tengok, tak pasal-pasal karang kita bermalam dekat lokap malam ni.” Airisya memandang pelik apabila melihat reaksi kawannya yang seorang itu. Jauh sungguh imaginasinya. Lantas saja Airisya keluar daripada keretanya. Lisa sudah tercenggang. Budak ni…dah langgar orang, berani pula tu dia keluar.Habis tu tak kan nak langgar lari? Tak boleh jadi ni! Lisa juga mengambil tindakan keluar daripada keretanya.
“ Macam mana? Sakit?” Soal Airisya bersahaja kepada budak lelaki yang sudah terjatuh itu. Lagi dua orang lagi ntah lari ke mana. Takut kena tangkaplah tu. Apa punya kawanlah…
“ Kalau nak ikutkan hati saya,saya boleh terus langgar je awak tau. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan awak sebab beri kekuatan untuk saya buat brek kecemasan semasa awak jatuh motor tadi. Kalau tak, memang awak dah selamat ke alam barzakh sana.” Sambung Airisya. Walaupun tajam untuk didengari tapi kata-katanya ada berbaur nasihat. Lisa yang berada di sisi Airisya hanya mengangguk setuju. Oh, kiranya Risya tak sempat lagilah nak langgar budak ni...
“ Nah ambil duit ni.” Airisya menghulurkan duit berjumlah lima puluh ringgit. Budak lelaki itu tidak menyambutya . Pandang pun tidak. Aish budak ni…dah macam ni pun masih tunjuk ego lagi? Akhirnya Airisya hanya meletakkan duit itu berdekatan dengan budak lelaki itu. Airisya lantas masuk ke keretanya semula. Lisa hanya mengekori.
“ Kau ni baik sangatlah. Kenapa pula kau kena bagi duit dekat budak tu pula? Sepatutnya kau bawa pergi balai.” Ujar Lisa tidak puas hati. Airisya hanya tersenyum.
“ Biarlah Lisa. Kita bagi dia peluang. Jika orang bagi kita racun , balaslah dia dengan madu.”
“ Yelah. Bukan apa, aku takut nanti tak sempat nak balas dengan madu, dah mati dulu minum racun.” Jawab Lisa selamba. Airisya hanya ketawa mendengar kata-kata Lisa. Tahu sangat Lisa tak puas hati dengan tindakannya tadi.

***
Perlahan-lahan Haziq menaiki tangga menuju ke kelasnya yang berada di aras empat. Woo…sakit mencucuk-cucuk! Nasib kaki boleh jalan lagi. Kalau tak, mengengsot aku pergi kelas! Haziq membebel sendiri dalam hati. Setelah bersusah payah menaiki tangga, akhirnya sampai juga ke kelasnya iaitu kelas lima bestari. Haziq lantas duduk ditempatnya. Apabila memikirkan kembali peristiwa semalam, rasa bersyukur juga dia tidak apa-apa. Motornya juga tidak mengalami kerosakan yang teruk. Nasib juga dia tidak dihantar ke balai polis. Kalau tak…siapa nak jamin aku?
“ Haziq!” Tiba-tiba bahunya ditepuk daripada arah belakang. Tahu sangat siapa yang dibelakangnya. Cuma kali ini, dia malas nak melayan budak dua orang tu.
“ Kau macam mana Ziq? Kita orang risau sangat tau.” Zaquan berbicara. Haziq hanya buat endah tidak endah dengan pertanyaan Zaquan itu. Daniel dan Zaquan saling mengangkat kening masing-masing menunjukkan isyarat “Macam mana nak pujuk Haziq ni?”
“ Kau orang tak payah risau pasal akulah. Kata kawan susah senang. Hampeh! Semalam blah macam tu je. Kalau aku kena tangkap macam mana?” Jawab Haziq tak puas hati.
“ Alah Ziq, kau tak kena tangkap pun kan…janganlah macam ni. Sorrylah. Tahu kita orang salah.” Daniel memujuk.
Sorrylah Ziq. Maafkan kami ye. Malam ni aku dengan Zack baru plan nak belanja kau makan dekat satu tempat special. Kalau kau merajuk macam ni, susahlah…” Sambung Daniel. Zaquan hanya mengangguk.
“ Dekat mana?” Soal Haziq. Daniel dan Zaquan sudah tersenyum. Tahu sangat rajuk Haziq ni bukannya lama sangat. Daniel berbisik ke telinga Haziq.
Okey aku join.” Jawapan Haziq mengembirakan hati Daniel dan Zaquan. Haziq ni memang tak serik-serik lagikan?


***
Airisya menarik nafas sekali lagi. Terasa berdebar-debar pula hatinya apabila ingin masuk ke kelas pertamanya. Al-maklumlah, pertama kali menjadi guru praktikal. Siapa tak cuak! Langkah kakinya diperlahankan manakala matanya mencari-cari nama kelas yang ingin dimasukinya. Hmm…inilah kelasnya, lima bestari. Airisya memberi salam sebelum masuk ke kelas. Semua pelajar yang berada di dalam kelas tersebut bangun dan menyambut mesra salam Airisya.
“ Nama saya Aiman Airisya binti Ahmad Nawab. Kamu semua boleh panggil saya cikgu Risya. Saya sebagai guru kelas kamu buat sementara waktu ini kerana saya menggantikan cikgu Rosnani yang sedang bercuti bersalin. Saya juga akan mengajar kamu subjek matematik.” Terang Airisya.
Okey, sebelum kita mulakan pembelajaran kita hari ni, saya tengok kelas ni macam  tak penuh lagi. Ada berapa orang yang keluar kelas?” Soal Airisya cuba meneka.
“ Ada tiga orang cikgu. Dia orang tu memang selalu tak ada dalam kelas. ” Hanani selaku penolong kelas bersuara.
“ Boleh cikgu tahu siapa nama tiga orang tu?”
“ Zaquan, Daniel dengan Haziq.” Airisya menulis nama yang disebut oleh Hanani itu. Aish, dugaan betul bila dapat pelajar-pelajar yang bemasalah macam ni.
Okey kita akan mulakan kelas kita…” Belum sempat Airisya meneruskan bicara, fokusnya teralih kepada  Zaquan, Daniel dan Haziq yang baru masuk ke dalam kelas dan duduk ditempat masing-masing dengan selambanya.
“ Zaquan, Daniel,  dan Haziq. “ Airisya memanggil nama mereka bertiga. Mereka bertiga sekaligus memandang Airisya yang sedang menyilangkan tangannya. Nampaknya Haziq seakan terkejut melihat gerangan siapa yang berada di depan kelasnya.
“ Kenapa?” Jawab Daniel selamba.
“ Saya yang sepatutnya tanya awak bertiga kenapa masuk kelas saya lambat?” Tenang saja Airisya bertanya.
“ Lah cikgu rupanya. Ingatkan kakak cun promote buku untuk dijual.” Gelak Daniel dan Zaquan. Manakala Haziq hanya tersenyum-senyum.
“ Kau orang ni jangan kurang ajarlah! Hormatlah cikgu dekat depan tu.” Hanani cuba menegur perbuatan tiga orang pelajar yang tak bertauliah itu.
“ Kau kenapa minah? Kecoh pula! Dia tak cakap apa pun.” Zaquan bersuara keras mempertahankan kawannya.
“ Sudah! Hanani, biarkan mereka sebab saya nak mereka keluar daripada kelas ni.” Daniel, Zaquan dan Haziq mula memandang Airisya dengan tak puas hati. Selama ini, mana pernah cikgu-cikgu lain menghalau mereka. Hari ni kira cipta sejarah ni!
“ Kamu bertiga dengar? Atau nak saya panggil pak guard suruh kamu keluar daripada kelas ni?” Sambung Airisya. Kali ini nadanya tegas. Tanpa berlengah, Daniel, Zaquan dan Haziq terus keluar meninggalkan kelasnya dengan perasaan dendam yang membara.


***
“ Aku nampak dia tu kan kecik je.” Daniel mula tunjuk rasa tidak puas hatinya. Lepas sahaja dihalau keluar oleh Airisya, mereka bertiga melepak di perpustakaan. Kalau duduk tempat lain, mahu kena tangkap dengan cikgu disiplin karang.
“ Aku rasa macam pernah nampak dialah tapi aku tak ingat dekat mana.” Ujar Zaquan. Daniel sudah mengerutkan dahinya memandang Zaquan.
“ Mana pula kau pernah nampak cikgu kerek tu?” Soal Daniel.
“ Kau tak rasa pernah nampak dia ke? Kau Ziq, tak kan kau tak ada instinct macam aku? Aku yakin aku pernah jumpa dia tapi aku tak boleh ingat dekat mana.” Kata Zaquan bersungguh-sungguh.
“ Dialah pemilik kereta yang kita pernah cuba himpit tempoh hari tu.” Haziq bersuara.  Zaquan dan Daniel sekan tidak percaya. Mana mungkin perempuan itu menjadi cikgu mereka?
“ Patutlah kau senyap je Ziq. Rupa-rupanya kau dah kenal cikgu kerek tu.” Daniel memberi respon. Macam mana tak kenal kalau dia yang bagi aku duit RM50. Lepaslah juga belanja beli ubat aku daripada mengharapkan kau orang yang tinggalkan aku macam tu je…desis hatinya.
“Aku ada idea!” Suara Daniel mengejutkan Haziq dan Zaquan. Malahan menganggu para pelajar lain yang turut ada di dalam perpustakaan itu. Nyaris-nyaris tak kena halau dengan pengawas pusat sumber, kalau tak, nak duduk mana?
“ Idea apa kau ni? ” Tanya Haziq.
“ Idea nak mengenakan cikgu kerek tu lah.” Daniel sudah mendapat idea yang bernas lagi bijak. Lepas ni tahulah cikgu kerek tu siapa yang berkuasa dekat sekolah ni!


***
“ Awak tahu tak apa kesalahan awak?” Soal Airisya. Matanya memandang tepat ke arah Haziq, Zaquan dan Daniel yang berada dihadapannya sekarang. Nasiblah anak orang, kalau anak cicak dah lama aku pijak-pijak!
“ Salah apa cikgu. Asal kita orang aje ada yang salah. Berapa kali lagi kami nak kata yang sebenarnya bukan kami yang buat kereta cikgu jadi macam tu.” Daniel menjawab. Airisya hanya tersenyum. Pandai budak-budak ni berlakon. Dahlah habis kereta aku yang putih tu jadi macam kuda belang dengan empat-empat tayar tu dibocorkan.
“ Tahulah kami ni nakal tapi taklah sejahat yang cikgu sangka.” Zaquan pula membela.
“ Haziq, awak pula nak cakap apa?” Soal Airisya. Haziq hanya mendiamkan diri sambil memandang ke tempat lain. Nampak sangat tak boleh menipu.
“ Saya tak kan cakap benda ni kalau tak ada saksi dan tak ada bukti. Saya tak minta apa melainkan pengakuan yang jujur daripada kalian. Kalau betul tak buat, kenapa rasa bersalahkan? Berani kerana benar. Jika kamu mengaku, hukuman akan jadi lebih ringan. Itu saya janji.” Airisya cuba memberikan kerjasama yang baik antara mereka bertiga.
So…rasanya macam kamu bertiga tak nak beri kerjasama. Okey tak apa namun saya musykillah. Siapa punya jam tangan ye ni? Saya terjumpa jam tangan ni berdekatan dengan kereta saya. Awak tak kenal ke jam tangan ni Haziq?” Haziq seakan tercengang. Patutlah aku tak jumpa jam tangan aku. Rupa-rupanya, cikgu ni dah ambil dulu jadi bahan bukti. Adush!
“ Syok sangat ye ‘service’kereta saya sampai jam tangan sendiri terlucut pun tak sedar. Pelik kan?” Sindir Airisya. Zaquan, Haziq dan Daniel saling berpandangan. Kali ini tak mungkin akan terlepas lagi.


***
Haziq termenung jauh mengenangkan apa yang terjadi pada hari ini. Pemergian ibunya secara tiba-tiba masih tidak mampu diterima akal fikirannya. Selama dia hidup di dunia ini, hanya ibunya sebagai peneman hidupnya. Sekarang, dia tidak punya siapa-siapa. Dia tinggal sebatang kara. Perlahan-lahan air matanya jatuh.
“ Cantik langit tu kan?” Tiba-tiba Airisya berada di sebelah Haziq. Cepat-cepat Haziq menyeka air matanya.
“ Tak payah lap air mata tu. Kalau nak nangis, nangis je lah. Cikgu tak kisah.” Sambung Airisya bersahaja.
“ Kenapa cikgu tak balik lagi?” Soal Haziq. Rasanya sudah satu hari Airisya berada di rumahnya. Airisya lah yang banyak membantu dirinya kala ini. Terasa segan pula dirinya dengan Airisya.
“ Cikgu nak baliklah ni. Haziq ni sedikit sumbangan daripada cikgu. Ambillah.” Airisya menghulurkan duit kepada Haziq. Teragak-agak Haziq ingin menerimanya.
“ Ambil.” Akhirnya Haziq mengambil duit yang dihulurkan Airisya.
“ Terima kasih cikgu.” Jawab Haziq. Airisya hanya tersenyum.
“ Sebelum cikgu nak balik ni, Haziq nak pesan apa-apa tak?” Soal Airisya prihatin. Haziq hanya menggeleng.
“ Kalau macam tu, cikgu balik dulu. Assalammualaikum.”
“ Hmm…cikgu!” Tiba-tiba Haziq memanggil Airisya. Airisya menoleh.
“ Kenapa cikgu baik dengan saya? Selama ni saya banyak buat masalah dengan cikgu. Cikgu tak marah saya?” Pertanyaan Haziq membuatkan Airisya tersenyum.
“ Apa guna saya nak marah kalau kesannya saya yang sakit hati sendiri. Just forgive and forget. Saya tak pernah marah pada sesiapa. Hakikatnya, sesiapa yang bagi saya racun, saya akan balas dengan madu walaupun saya akan mati disebabkan racun tu.” Airisya berlalu pergi meninggalkan Haziq yang terpinga-pinga di situ.
“ Racun? Madu?” Soal Haziq sendiri.


***
“ Haziq!” Daniel dan Zaquan berlari mendapatkan Haziq yang sedang leka membaca buku. Daniel dan Zaquan mengambil tempat disebelahnya.
Beb! Malam ni kita keluar jom!” Ajak Zaquan. Haziq hanya mendiamkan diri.
“ Kau ni kenapa Ziq? Time ni lah kita nak enjoy. SPM masih jauh. Lagipun mak kau pun dah tak ada. Kau tak payah susah hati sangatlah kalau nak keluar malamkan?” Daniel menghasut. Haziq yang mendengar kata-kata Daniel segera berdiri. Daniel dan Zaquan tercengang.
“ Betullah kata cikgu Risya, kau orang berdua ni memang tak layak nak dijadikan kawan!” Tegas Haziq.
“ Apa kau cakap ni Ziq? Apa yang cikgu kerek tu dah hasut kau hah?” Soal Daniel.
“ Eh, ni bukan siapa hasut siapalah. Hakikatnya, kau orang sendiri tahu yang kau orang tu kawan jenis apa. Baru sekarang mata aku terbuka.”
“ Apa kau merepek ni Ziq. Kami kawan kaulah.” Pujuk Zaquan.
“ Kawan tak kan jual kawanlah bro! Ingat aku tak tahu selama ni kau orang ambil kesempatan dengan aku. Setiap kali race, kau libatkan aku hanya untuk dapat untung. Apa punya kawan macam tu. Mulai saat ini, kita bukan kawan selagi kau orang tak berubah!” Haziq terus berlalu pergi. Daniel dan Zaquan sudah mati kutu dibuatnya.
“ Ini gara-gara cikgu setan tu!” Daniel sudah hilang sabar.


***
Haziq tersenyum apabila melihat kelibat Airisya yang sedang menuju bilik guru. Langkah kakinya dilajukan mendapatkan Airisya. Dilihatnya Airisya membawa banyak buku latihan. Kesempatan inilah yang mesti dia ambil. “ Cikgu Risya!” Tegur Haziq daripada belakang. Airisya menoleh dan tersenyum apabila melihat Haziq menegurnya.
“ Haziq daripada mana? Tak rehat ke?” Soal Airisya. Waktu-waktu rehat begini biasanya para pelajarnya sudah berpusu-pusu ke kantin sekolah untuk mengisi perut.
“ Kejap lagi saya rehatlah. Tiba-tiba jumpa cikgu dekat sini dengan bawa buku banyak ni. Mari sini saya tolong cikgu.” Haziq menghulurkan bantuan tapi ditolak lembut oleh Airisya. Bukan banyak mana pun…
“ Tak apa cikgu. Mari saya bawa kan.”
“ Tak apa Haziq.” Sedang mereka saling berbalah siapa yang ingin membawa buku yang banyak itu, tiba-tiba ada seorang budak lelaki melanggar Airisya daripada belakang. Habis buku-buku yang berada di tangan Airisya jatuh ke semuanya.
Woi, buta ke? Cikgu pun tak nampak.” Teriak Haziq. Budak lelaki itu tidak mengendahkan kata-kata Haziq dan terus berlalu pergi.
“ Haziq, dah la tu. Dia tak perasan.” Nasihat Airisya.
“ Saya tolong cikgu kutip buku ni.” Sedang mereka saling menunduk mengutip buku, kepala mereka berdua saling bertembung. Masing-masing mengaduh sakit. Airisya berasa segan. Haziq pula sudah tersenyum-senyum.
“ Cikgu tak apa-apa ke?” Airisya hanya menggelengkan kepalanya. Lantas saja tangannya mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai. Drama apalah yang sedang berlaku ni. Harap saja tak ada siapa nampak. Kalau tak mahu jadi gosip murahan!
“ Biar saya angkat buku tu cikgu.” Haziq cuba menghulurkan bantuan sekali lagi. Airisya mengalah. Nak sangat angkat, angkatlah…
“ Berapa lama lagi cikgu ada dekat sekolah ni?” Tanya Haziq.
“ Lebih kurang sebulan lagi. Kenapa? Mesti suka kan lepas ni cikgu tak ada?”
” Cepatnya. Ingat cikgu lama lagi tinggal dekat sini.”
“ Tak adalah. Kalau boleh cikgu memang nak duduk lama dekat sini. Apa boleh buat, cikgu praktikal je kat sini.”
“ Kalau cikgu tak ada, mesti saya rindu.” Jawab Haziq perlahan.
“ Apa Haziq?”
“ Ergkk…kalau cikgu tak ada, kami semua mesti rindu cikgu.”
“ Oh…cikgu pun rindu kamu semua juga.” Balas Airisya sambil tersenyum.


***
“ Kau pasti ke cikgu kerek tu selalu jalan ni?” Soal Zaquan.
“ Aku pastilah. Aku dah ekori dia beberapa hari ini.” Yakin Daniel menjawab. Walaupun apa yang terjadi, dendamnya hari ini pasti berbalas.
“ Bukan selalu dia dengan cikgu Lisa ke? Macam mana rancangan kita nak berjaya?” Soal Zaquan lagi. Sebenarnya dia agak kurang senang dengan rancangan Daniel ni. Kalau silap percaturan boleh masuk penjara!
“ Cikgu Lisa MC lah. Dia sorang-sorang hari ni. Hah! Tu dia.” Daniel kenal sungguh dengan kelibat kereta di hadapannya itu. Kereta siapa lagi kalau bukan kereta cikgu ‘kesayangan’ mereka. Airisya seperti mengenali dua orang yang berada di hadapan keretanya itu. Airisya memperlahankan kenderaannya. Terkejut besar Airisya dibuatnya apabila melihat kaki Daniel cedera teruk. Tanpa berlengah lagi, Airisya segera keluar daripada keretanya, dan menghulurkan bantuan.
“ Zaquan, apa dah jadi ni, Ya Allah! Macam mana kaki Daniel boleh cedera teruk macam ni?” Airisya seakan cemas.
“ Ada kereta langgar dia cikgu.” Zaquan berlakon cuak.
“ Jom, saya hantar Daniel pergi hospital sekarang. Zaquan tolong cikgu angkat Daniel.” Tanpa disedari Airisya, kepalanya dipukul dengan kayu menyebabkan Airisya jatuh pengasan. Daniel dan Zaquan sudah tersenyum. Rancangan sudah berjaya. Badan Airisya diseret ke semak.


***
“ Ni macam kereta cikgu Risya ni.” Haziq memberhentikan motosikalnya. Sesekali Haziq menjenguk-jenguk ke dalam kereta. Manalah tahu sekiranya Airisya ada di dalam kereta. Telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek diambil. Di dailnya nombor Airisya. Namun tiada jawapan. Kemudian Haziq mendail nombor Lisa.
 “ Hello, cikgu Lisa? Cikgu Risya dah balik rumah?”
“ Belum lagi. Kenapa?”
“ Tak ada apa-apa. Terima kasih cikgu.” Lekas saja Haziq mematikan talian. Tak mahu pula Lisa dapat mengesan kerisauan yang melanda dirinya. Kali ini dia cuba mendail sekali lagi nombor Airisya. Tiba-tiba dia dapat mengesan suatu bunyi daripada arah semak. Telinganya cuba menangkap bunyi tersebut. Bunyi ringtone cikgu Risya! Haziq berlari mendapatkan bunyi itu. Telefon cikgu Risya berada di genggamannya. “  Ya Allah! Beri aku petunjuk di manakah cikgu Risya.” Tiba-tiba Haziq dapat mengesan suara seseorang yang sangat dikenalinya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendengar dari manakah arah suara itu.
“ Cikgu Risya, cikgu Risya. Apalah bodoh sangat boleh tertipu dengan lakonan kita. Padahal cili sos kot.” Zaquan dan Daniel saling tergelak. Melihat Airisya sudah terkulai di hadapan mereka itu sudah cukup membanggakan.
“ Rezeki depan mata Daniel. Tak kan nak biar je?” Zaquan dan Daniel saling berpandangan dan sekali lagi mereka ketawa.
“ Gila kau nak biarkan! No way! Cikgu Risya, salah kau lah tunjuk berani sangat. Sekarang, menyesal lah seumur hidup.” Daniel tersenyum puas. Tali pinggang seluarnya sudah dileraikan. Masa untuk menikmati hidangan di depan mata. Bibirnya mula mendekat untuk menyentuh bibir  Airisya. Namun, belum sempat dia melakukan itu, bibir Daniel selamat mencium tanah. Tersungkur dia dibuatnya.
“ Kurang ajar! Berani kau orang buat kerja terkutuk ni!?” Haziq memukul Daniel daripada arah belakang. Zaquan pula memang terkejut sakan melihat kemunculan Haziq secara tiba-tiba. Mereka saling berkelahi antara satu sama lain cuba  mempertahankan diri masing-masing.
“ Kau nak pertahankan apa lagi Haziq. Cikgu Risya kesayangan kau tu dah tak ada maruah lagilah. Kita orang dah hadap dah!” Daniel cuba menaikkan kemarahan Haziq. Zaquan pula hanya memerhatikan perkelahian antara mereka seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
“ Dasar binatang!” Satu tumbukan kuat dikenakan di pipi kiri Daniel. Berpinar-pinar Daniel dibuatnya. Sedang leka mereka berkelahi, Zaquan mengambil kesempatan untuk memukul Haziq dengan kayu. Namun, misinya gagal apabila lengannya ditembak oleh seseorang. Rupa-rupanya, Haziq lebih cepat bertindak dengan menelefon polis apabila menyedari Airisya tidak ada di dalam keretanya. Daniel dan Zaquan akhirnya berjaya ditangkap. Haziq mendapatkan Airisya yang masih tidak sedarkan diri itu.
“ Cikgu…jangan tinggalkan saya. Saya hanya cikgu dekat dunia ni.” Air mata lelakinya mengalir.


***
Airisya membuka kota muzik yang diberikan oleh Haziq sempena sambutan hari guru hari ini. Kad yang diberikan masih belum dibaca. Agak-agak apa yang ditulis oleh Haziq ye? Perlahan-lahan tangannya membuka sampul kad itu. Kad dibuka :
Assalammualaikum…
Haziq harap cikgu Risya dapat terima hadiah Haziq yang tak seberapa ni. Selamat Hari Guru! I love you,cikgu Risya! :)
Airisya terkedu sebentar apabila membaca tulisan Haziq. I love you cikgu Risya? Apa maksud sebenar Haziq?   “Apa yang kau baca tu?” Lisa tiba-tiba duduk di sebelah Airisya.
“ Kau rasa apa maksud Haziq ni hah?” Airisya cuba bertanya kepada Lisa. Lisa membaca apa yang tertulis pada kad itu. Matanya membulat.
“ Risya, tak kan kau tak faham? Maknanya dia sayang kau lah.” Lisa tersenyum bergurau. Airisya hanya menjeling. Merepek. Anak murid cintakan cikgu? Perkara yang tak mungkin terjadi.
“ Aku rasa kau kena terus terang dengan Haziq. Masa kau dekat hospital, dia selalu datang  melawat. Even, kalau dekat sekolah pun, aku tengok dia macam cuba nak dekati kau. Aku takut dia memang betul-betul sayang dekat kau.” Lisa cuba memberi pendapat.
“ Tak adalah. Perasaan kau je kot. Dia budak-budak lagilah.” Airisya cuba menafikan.
“ Budak-budaklah yang kita tak boleh nak tipu. Aku takut kalau dia tahu perkara ni daripada orang lain, dan dia menaruh harapan daripada kau, SPM dia akan terjejas.” Airisya memikirkan kata-kata Lisa. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Lisa.


***
“ Assalammualaikum…” Siapa pulalah yang datang pagi-pagi ni? Lisa membuka tingkap. Dilihatnya Haziq berdiri di depan pintu.
“ Waalaikumsalam. Haziq…kenapa datang awal pagi-pagi ni?” Soal Lisa. Haziq hanya tersenyum.
“ Cikgu, Cikgu Risya ada tak?”
“ Oh…nak jumpa cikgu Risya…sekejap ye.” Lisa mendapatkan Airisya yang sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Apabila Lisa memberitahu Haziq ingin berjumpa dengannya, lekas-lekas Airisya mengambil tudung dan keluar.
“ Haziq, masuklah dulu. Dah sarapan dah?” Ajak Airisya. Haziq hanya menggelengkan kepalanya.
“ Tak apa cikgu. Haziq dah sarapan dah. “
“ Ada hal apa Haziq nak jumpa cikgu?”
“ Hmm…Cikgu, boleh tak kita duduk dekat taman tu sekejap.” Airisya seakan berfikir. Setelah beberapa saat, Airisya mengangguk.
“ Lisa, aku pergi taman sekejap tau.” Jerit Airisya kepada Lisa yang berada di dapur. Setelah mendengar kata ‘ya’ daripada Lisa, Airisya pergi. Setibanya di taman, Haziq duduk di buaian. Haziq turut mengajak Airisya untuk bermain buaian di sebelahnya, namun ditolak lembut oleh Airisya.
“ Haziq nak cakap apa dengan cikgu?” Airisya memulakan bicara.
“ Tak sangka sekejap je dah tiga bulan. Dalam tempoh tu, macam-macam perkara berlaku.”
 “ Betul. Cikgu pun macam tak percaya cikgu dah habis khidmat dekat sini. Kenangan di sini tak mungkin cikgu lupakan. Rasa macam mimpi pula bila esok cikgu nak balik kampung.” Airisya meluahkan rasa hatinya sebagai seorang guru.
“ Cikgu suka Haziq?” Tiba-tiba soalan Haziq menyentap hatinya. Kenapa Haziq tiba-tiba mengajukan soalan sebegitu?
“ Cikgu suka Haziq. Cikgu suka semua orang.” Jawab Airisya tenang.
“ Rasanya cikgu faham dengan soalan Haziq. Haziq tak maskudkan suka yang cikgu cakap tu. Maksud Haziq, cikgu suka Haziq sebagai pasangan? ” Berani Haziq menutur. Ntah dari mana dia mendapat kekuatan itu.  Airisya seakan terkejut dengan soalan itu. Mana mungkin kata-kata itu terkeluar daripada budak yang berusia 17 tahun?
“Cikgu nak balik.” Airisya mengatur langkah. Namun terhenti disaat Haziq memanggil dirinya.
“ Cikgu! Susah sangat ke nak bagi jawapan cikgu? Cikgu cuma cakap suka atau pun tidak. Itu sahaja. Apa sahaja jawapan cikgu Haziq terima.”
“ Cukup Haziq! Cikgu tak nak dengar apa-apa lagi. Hubungan kita hanya sekadar cikgu dan anak murid. Tidak lebih daripada itu. Harap Haziq jelas.” Tegas Airisya menjawab.
“ Kenapa? Sebab faktor umur? Haziq tak kisah cikgu. Apa yang penting cikgu ada bersama Haziq. Lepas pemergian ibu, Haziq tak ada siapa lagi melainkan cikgu. Cikgu insan yang Haziq sayang. I love you cikgu! “ Sayu Airisya mendengarnya namun dia tidak punya pilihan. Tak mungkin apa yang Haziq harapkan akan berlaku.
“ Cikgu kata cukup Haziq! Cikgu dah bertunang dan bakal berkahwin nanti. Tolong lupakan cikgu. Harap Haziq berjaya dalam peperiksaan SPM. Assalammualaikum.” Airisya berlalu pergi meninggalkan Haziq keseorangan di taman. Air matanya mengalir laju. Kenapa Haziq buat cikgu sedih macam ni?


***
5 tahun kemudian…
Kotak muzik di atas meja dibukanya. Masih elok seperti lima tahun lepas. Hadiah pemberian Haziq bersempena sambutan hari guru. Alunan muzik yang didendangkan benar-benar mengingatkannya mengenai peristiwa silam. Haziq? Apa khabar dengan dia ye? Sejak lima tahun lepas, dia langsung tidak mendengar berita mengenai Haziq. Haziq juga tidak pernah menghubunginya. Adakah dia masih merajuk? Ada juga dia mendengar berita bahawa Haziq mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM daripada rakan-rakan segurunya di sekolah Haziq. Alhamdulillah…moga dia menjadi insan yang berjaya. Itu jelah satu-satu berita yang diterimanya.
“ Hai kak, teringat buah hati lama ke?” Lisa menegur daripada belakang. Airisya  cepat-cepat menutup kotak muzik itu dan diletakkan di tepi. Jodoh Lisa dengan Airisya memang kuat sampai dapat tempat kerja pun di sekolah yang sama. Dua orang ini memang tak boleh berpisah.
“ Kau ni sibuk jelah.” Balas Airisya. Hmm…biasalah tu. Jawapan daripada orang terkantoi.
“ Hari ini ada cikgu baru nak masuk.” Teruja Lisa memberitahu. Airisya sengaja menyibukkan diri seakan-akan menulis laporan. Padahal nak cover malu tadi.
“ Kau ni dengar tak?” Lisa seakan tidak puas hati apabila melihat Airisya seakan tidak kisah dengan ceritanya.
“ Kalau ada cikgu baru masuk, kau nak suruh aku buat apa? Main kompang? Ke bersilat?” Jawapan Airisya menyebabkan Lisa berasa geram.
“ Malaslah nak cakap dengan kau ni. Baik aku pergi siapkan kerja aku.” Lisa kembali duduk di tempat kerjanya. Airisya hanya tersenyum. Alah, merajuklah tu. Sekejap je…masa rehat nanti mesti ajak aku makan punya. Eh, dah pukul berapa ye? Hah, pukul 10! Aduh…macam mana boleh tak perasan ni. Lambat pula aku masuk kelas ni karang. Airisya lantas melangkah keluar daripada bilik guru. Dah lah kelas tu dekat hujung nun jauh di sana. Lebih kurang lima minitlah nak kena sampai ni. Apasal rasa macam ada yang tertinggal? Ya Allah! Buku rujukan aku. Dahlah susah nak mengajar kalau tak ada buku rujukan. Akhirnya, Airisya mengambil keputusan untuk berpatah balik. Sedang elok dia menoleh, tiba-tiba bahunya terasa melanggar seseorang. Ish, aku langgar tiang ke pintu ni? Sakitnya bahu aku…Airisya memegang bahunya.
“ Maaf cikgu.” Airisya seperti pernah mendengar suara itu. Perlahan-lahan kepalanya didongakkan. Seperti tidak percaya apa yang berada di depan matanya sekarang.
“ Haziq!”


***
“ Tak sangka kan Haziq sekarang dah jadi cikgu.” Lisa memuji Haziq. Kebetulan Lisa dan Airisya tengah berehat di kantin, ternampak pula si Haziq. Jadi Lisa mempelawa Haziq untuk duduk semeja dengannya. Bolehlah tahu perkembangan semasa bekas anak didiknya itu.
“ Tak ada apalah cikgu.” Balas Haziq merendah diri. Senyumannya sopan sekali.
“ Haziq dah kahwin?” Soal Lisa tiba-tiba. Airisya yang sedang makan tersedak dibuatnya. Cepat-cepat dia meneguk air yang berdekatan dengannya. Fuh…lega…
“ Kenapa Risya? Tercekik ke?” Soal Lisa seakan mengusik.
“ Hmm…yelah. Tadi aku rasa macam tulang ikan tersekat dekat tekak tapi tadi dah minum air,okeylah.” Balas Airisya bersahaja. Mata Airisya sempat melihat wajah Haziq. Nyatanya berbeza dulu dan kini. Kalau dulu tak ada janggut, sekarang Haziq dah ada janggut sikit. Nampak lebih matang. Kacak sangat…
“ Berbalik pada soalan tadi, Haziq dah kahwin ke?” Tanya Lisa sekali lagi. Saja je nak buat hati Airisya panas.
“ Belum lagi…” Airisya seakan lega apabila mendengar kata-kata Haziq.
Insya Allah dah nak bertunang.” Sambung Haziq. Sengaja tau Haziq ni nak bagi harapan. Sambung je lah terus dalam satu nafas, kan boleh? Eh, ingat hukum tajwid apa?
“ Oh tahniah!” Ucap Lisa. Airisya leka dengan makanannya. Padahal dia dengar je apa yang Haziq dan Lisa bualkan. Cuma malas nak ambil port.
“ Cikgu dah kahwin?” Giliran Haziq menyoal.
“Cikgu nampak macam tak kahwin lagi ke? Cikgu dah kahwinlah. Dah ada anak dua pun.”
“ Tak nak tanya cikgu Risya ke?” Airisya mengerling tajam ke arah Lisa. Suka sangat nak masukkan aku dalam perbualan dia oranglah!
“ Cikgu Risya saya tak nak tanya. Mungkin sekarang dah nak beranak tiga kot.” Gurauan Haziq mengundang tawa Lisa. Airisya hanya tersenyum hambar. Anak tiga…hmm…


***
“Insya Allah dah nak bertunang…”
Kata-kata Haziq berlegar-legar difikirannya. Haziq dah nak bertunang? Kenapa aku rasa sedih sangat ni bila dia cakap macam tu. Mungkin inilah apa yang Haziq rasa dulu, bila aku cakap dekat dia aku dah bertunang. Kalaulah Haziq tahu aku aku dah putus tunang…hmm…sedihnya. Kenapa malam ni aku rasa nak menangis ni? Tiba-tiba air matanya mengalir. Sedang sibuk Airisya melayan perasaannya sendiri, telefon bimbitnya berdering.
“ Assalammualaikum mak.” Sayu sahaja suara anaknya kedengaran.
“ Waalaikumsalam. Ni kenapa suara macam orang baru nangis je?” Pandai sahaja Mak Timah meneka.
“ Tadi potong bawang, tu rasa macam nak nangis ni.” Airisya memberi alasan. Tak kan nak cakap nangis sebab Haziq dah nak tunang kot…
“ Kenapa mak call?” Sambung Airisya.
“ Mak nak tanya kamu ni. Pagi tadi ada orang datang merisik kamu. Jadi mak nak tanyalah kamu setuju ke tidak.” Pertanyaan Mak Timah langsung tidak menimbulkan sebarang reaksi kepada Airisya.
“ Ikut maklah. Mana yang terbaik untuk mak, terbaiklah untuk Risya.” Mak Timah yang mendengar kata-kata anaknya berasa hairan. Biar betul anak aku? Langsung tak tanya latar belakang yang masuk merisik, suruh aku buat keputusan? Selalu tu menentang habis-habisan!
“ Ayat macam orang putus harapan je.”
“ Betul mak. Risya terima je apa keputusan mak. Risya reda.” Airisya sudah malas ingin membuat sebarang keputusan. Biarlah emaknya yang memutuskan. Lagipun, Haziq dah nak bertunang, buat apa dia masih setia menunggu? Baik dia terima siapa saja yang masuk meminangnya. Dulu memang ya dia akan menentang siapa saja yang masuk meminangnya untuk memberi lebih masa kepada Haziq. Namun, sekarang dia dah tahu status Haziq, life must go on


***
“ Cikgu masih simpan lagi ye hadiah saya?” Tegur Haziq secara tiba-tiba. Airisya yang sedang khusyuk menyiapkan laporan terkejut beruk dibuatnya. Melihat Airisya yang seakan terkejut, cepat-cepat Haziq menyebut kata maaf.
“ Mestilah saya simpan, tak kan nak buang kot.” Jawapan loyar buruk Airisya.
“ Kira hadiah saya special lah ye sebab cikgu letak dekat tepi meja cikgu.” Haziq sengaja mengusik.
“ Memang special sangat. Kalau-kalau saya ngantuk ke saya bukalah. Baru buka mata saya dengar bunyi bising daripada kotak muzik ni.” Sekali lagi Airisya buat loyar buruknya. Haziq hanya tersenyum.
“ Kalau cikgu rindu saya, cikgu bukalah kotak muzik tu ye?”
“ Hmm…ya….eh, tak,tak…buat apa saya nak rindu awak? Baik saya rindu anak-anak saya. Saya kan dah beranak tiga.” Airisya seakan kalut dengan jawapannya. Perkataan tiga sengaja ditekankan Airisya. Haziq yang mendengar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa dan berlalu pergi. Airisya hanya melihat kelibat Haziq. Ntah apa yang lawak sangat pun dia tidak tahu.


***
Hari pertunangannya telah pun tiba. Hatinya masih berduka. Dia mendapat berita bahawa Haziq juga akan bertunang pada hari yang sama dengannya. Lagi hatinya bertambah duka. Airisya tampak cantik mengenakan jubah serba putih. Kulitnya yang cerah menampakkan wajahnya yang lembut dan suci.Wajahnya di make-up simple menampakkan keaslian wajahnya yang memang ayu.
“ Risya, cuba kau senyum sikit. Ni muka ketat je. Macam tunang paksa kau tau?” Lisa cuba menceriakan Airisya. Hakikatnya memang pun dia rasa terpaksa namun hati masih lagi nak merelakan. Complicated betul!
“ Kau nak suruh aku buat apa? Tersengih macam ni?” Airisya menunjukkan keseluruhan giginya. Aksi Airisya mengundang  tawa Lisa. Sebijik macam iklan gigi. Dahlah baju putih, memang sesuai sangat!
“ Eh, aku serius ni…senyumlah ye.” Lisa seakan memujuk.
“ Macam mana aku nak senyum kalau hati aku sedih.”
“ Kau cakap apa ni Risya. Jangan buat macam-macam, rombongan meminang dah nak sampai.”
“ Aku tak nak tipu perasaan aku sendiri.”
“ Tipu perasaan apa ni Risya? Aku tak fahamlah.”
“ Lisa…sebenarnya, aku…aku cinta Haziq.” Jelas Airisya. Dia sudah tidak mampu membendung perasaannya kala ini.
“ Apa? Kau cakap apa Risya?”
“ Aku cinta Haziq Lisa. Aku cinta dia…Aku nak hidup bersama dia. Aku tak boleh lupakan dia. Semuanya dah terlambat Lisa. Dia dah jadi tunang orang.”
“ Risya…” Lisa tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat air mata Airisya mengalir.
“ Haziq pun cintakan cikgu.” Satu suara mengejutkan Airisya. Suara itu datangnya daripada telefon bimbit Lisa! Patutlah suruh aku ulang tayang part aku cinta Haziq, rupa-rupanya senyap-senyap dia call Haziq bagi Haziq dengar apa yang aku cakap. Kurang asam jawa punya Lisa! Seganlah aku macam ni…


***
 Akhirnya, Aiman Airisya selamat bertunang dengan Muhammad Haziq. Ini semua gara-gara rancangan Haziq dan Lisa juga tidak terkecuali yang terlibat secara tak langsung Mak Timah. Hasil kerjasama antara mereka bertiga dan watak-watak tambahan, terjadilah majlis pertunangan antara Airisya dan Haziq. Rasa nak menangislah juga Airisya apabila mengetahui hasil usaha Haziq untuk meminangnya…
“ Sebenarnya, saya dah tahu cikgu putus tunang.” Haziq membongkar rahsia. Hakikatnya, walaupun sudah lima tahun Haziq tidak menghubungi Airisya, tanpa pengetahuan Airisya, Haziq selalu menghubungi Lisa. Segala maklumat mengenai Airisya hanya di hujung jari Haziq saja.
“ Habis tu kenapa masih cakap cikgu beranak tiga? Muka cikgu macam beranak tiga ke?” Soal Airisya masih tidak berpuas hati.
“ Beranak empat pun ada juga.” Haziq bergurau. Airisya sudah mencebik.
“ Cikgu, izinkan saya memanggil cikgu dengan panggilan Risya boleh?” Haziq meminta izin. Airisya hanya tersenyum mendengar permintaan Haziq. Macam mana boleh lupa. Dirinya pun masih membahasakan dirinya cikgu kepada Haziq. Dia orang kan dah bertunang. Airisya hanya mengangguk setuju.
“ Risya…” Haziq seakan teragak-agak ingin menyebut nama Airisya. Airisya pula seakan janggal apabila Haziq memanggil dengan nama panggilannya. Kalau tak mula daripada sekarang, bila lagikan?
“ Jika dulu Risya pernah kata, Risya dah bertunang…kata-kata itu memang pernah menjadi racun dalam hidup Haziq tapi Haziq tak sanggup nak balas dengan racun juga sebab, Risya memang sepatutnya dibalas dengan madu.” Haziq mengeluarkan sebentuk cincin di dalam poketnya dan disarungkan sendiri di jari manisnya. Cincin itu sepasang dengan cincin tunang yang dipakai oleh Airisya tika ini.
“ Kalau nak tunggu Risya sarungkan cincin ni, kenalah tunggu kita nikah ye.” Haziq sengaja mengusik. Airisya hanya tersenyum manis. Sweet juga Haziq ni kan?
“ Terima kasih Haziq kerana sudi terima Risya.” Ucap Airisya.
“ Terima kasih kepada Allah yang mempertemukan kita semula.” Balas Haziq sambil tersenyum.
“ Eh, dah, dah…kau orang baru tunang tau belum lagi nikah. Jangan nak lebih-lebih ye.” Lisa sengaja mengusik. Airsya dan Haziq sudah malu-malu kucing dibuatnya.
“ Mak, malam ni boleh nikah terus tak?” Amboi…advance sungguh bekas anak murid aku ni a.k.a bakal suami. Terus panggil mak ye…
“ Mak ok jer…” Balas Mak Timah.
“Haziq!” Mereka semua saling ketawa.