BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 24 May 2012

Cerpen : Kau yang Ku Sayang

 



 “ Abang dah balik? Sayang rindu dekat abang.” Kaisara mencium lembut tangan suaminya. Imran tersenyum melihat  perlakuan isterinya. Begitulah rutin sehariannya. Apabila pulang daripada kerja, isterinya setia menunggunya di pintu rumah untuk menyambut kepulangannya.
“ Abang duduk dulu ye.Sayang nak ambil air untuk abang.” Kaisara mengambil briefcase di tangan Imran lalu terus menuju ke dapur. Sedari tadi Imran hanya tersenyum melihat Kaisara. Tiada sepatah kata yang terungkap. Imran duduk di atas sofa. Dilelapkan matanya sebentar. Tiba-tiba kepalanya terasa dipicit seseorang. Dia tahu itu tangan isterinya. perlahan-lahan tangan itu dipegangnya dan dikucup lembut oleh Imran. Kaisara tersenyum diperlakukan sedemikian oleh suaminya.
“ Sayang, mari duduk dekat abang.” Kata Imran. Kaisara yang berdiri tadi, mengatur langkah mengambil tempat di sebelah suaminya. Air kopi panas yang berada di atas meja dihulurkan kepada Imran. Imran menyambut huluran tersebut, namun diletakkan kembali di atas meja. Kaisara hanya melihat perlakuan suaminya dengan penuh tanda tanya.
“ Kenapa sayang selalu buat macam ni dekat abang?” Tanya Imran.
“ Maksud abang?” Kaisara tidak mengerti.
“ Yelah, sayang selalu tunggu abang, buat kopi untuk abang, picit kepala abang…” Kata-kata Imran terhenti apabila mulutnya ditutup oleh Kaisara. Sesekali Kaisara mengeleng-geleng kepalanya menandakan supaya Imran tidak meneruskan kata-katanya lagi.
“ Abang…syurga sayang terletak di tangan abang. Sepanjang hidup sayang sebagai isteri abang, sayang nak berkhidmat sepenuhnya kepada abang. Memang tanggungjawab sayang buat semua ni untuk mengembirakan hati abang. Abang pemimpin dalam hidup sayang dan sebagai pengikut, sayang hendak bersama abang sampai ke syurga. Rasullullah SAW ada bersabda  bahawa jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya. Abang janganlah cuba pertikaikan tanggungjawab sayang yang sepatutnya sayang buat dekat abang. Abang kan pahlawan sayang. ” Terang Kaisara sambil tersenyum. Kaisara memegang erat tangan suaminya. Imran tersenyum segaris. Terasa dirinya tak layak diperlakukan oleh isterinya sedemikian. Ya Allah, mulianya hati isteriku ini.
“ Abang tahu sayang seorang isteri yang solehah dan seorang isteri yang sangat baik untuk abang. Abang tak dapat nak menafikan semua itu. Kalaulah abang dapat…”
“ Abang, jangan berkalau-kalau. Semuanya sudah diatur oleh Allah abang. Menggunakan perkataan kalau seakan-akan kita menolak qada’ dan qadar yang ditakdirkan untuk kita. Itu permainan syaitan semata-mata. Abang lupa apa yang abang pernah pesan dekat sayang dulu?.” Kaisara cuma mengingatkan. Imran yang mendengar celoteh isterinya tersenyum. Tidak menyangka, isterinya masih mengingati pesannya.
“ Abang bukan lupa sayang, cuma tak ingat je.” Imran bergurau. Kaisara mencubit lembut peha suaminya itu. Terdengar suara Imran mengaduh sakit.
“ Abang melampau. Sayang cubit sikit je dah sakit.”
“ Sayang tahu tak, cubitan isteri abang walaupun sikit berbisa tau? Macam ular.” Imran cuba mengusik. Sesekali tangannya mencubit pipi gebu isterinya.
“ Abang, sakitlah! Tadi sayang buat abang sikit je. Tadi abang kata sayang cubit macam ular kan? Abang pula cubit nak tahu macam apa?” Soal Kaisara sambil memegang pipinya yang mula memerah.
“ Macam apa?”
“ Macam ketam batu!.” Jawab Kaisara. Imran yang mendengar jawapan Kaisara tergelak sakan membuatkan Kaisara juga turut tertawa.
***
“ Abang, nak dengar satu cerita tak?” Tanya Kaisara.
“ Cerita apa pula kali ni?” Soal Imran. Kaisara tersenyum. Sebelum tidur, Kaisara memang suka bercerita. Itulah yang membuatkan Imran sayang dengan Kaisara. Kaisara memang pandai menghiburkan hatinya.
“ Cerita mengenai anak perempuan Rasullullah SAW yang bernama Zainab.”
“ Okey, abang dah sedia nak dengar sayang cerita ni.” Imran membetulkan duduknya. Mukanya memandang ke arah Kaisara sambil menongkat dagu. Kaisara geli hati melihat perilaku suaminya yang tersayang itu.
“ Ceritanya begini. Zainab binti Muhammad bernikah dengan Abul ‘Ash sebelum Islam datang. Hidup mereka bahagia dan penuh dengan kasih sayang. Mereka saling mencintai antara satu sama lain.”
“ Macam kitalah?” Sampuk Imran. Kaisara mengangguk setuju.
“ Ya, bahagia macam kita.” Kaisara tersenyum memandang suaminya sambil mencuit hidung suaminya.
“Namun, hinggalah suatu ketika mereka harus berpisah kerana perbezaan sikap. Abul ‘Ash memilih untuk menjadi kafir sedangkan Zainab memilih untuk memeluk agama Islam iaitu menjadi pengikut agama ayahnya, Nabi Muhammad SAW. Suatu ketika pertempuran berlaku antara kaum Muslimin dan kaum Quraish yang turut disertai oleh Abul ‘Ash. Pertempuran sangat sengit tapi akhirnya Abul ‘Ash tertawan oleh kaum Muslimin. Beberapa orang tawanan dibebaskan kerana ditebus oleh ahli keluarganya, termasuklah si Abul ‘Ash ni. Abang tahu tak siapa yang tebus  Abul  ‘Ash?” Tanya Kaisara. Imran yang khusyuk mendengar hanya menggelengkan kepalanya.
“ Siapa sayang?”
“ Zainab.”
“ Zainab? Isteri Abul ‘Ash iaitu anak perempuan Rasullullah SAW?”
“ Ya. Pandai abang sayang teka.”
“ Kenapa Zainab masih lagi nak tebus suaminya yang kafir tu?” Tanya Imran seakan hairan. Kalau dia berada di tempat Zainab, rasanya tidak mahu dia menebus lelaki itu.
“ Kerana Abul ‘Ash itu adalah suaminya walaupun perbezaan agama menjadi pemisah antara mereka. Rasa cintanya terhadap ayah kepada anak-anaknya itu amat mendalam. Zainab sanggup menebus Abul ‘Ash dengan rantai pemberian arwah ibunya iaitu Siti Khadijah binti Khuwailid. Rasulullah SAW menyedari  akan hal itu lalu beliau berkata kepada kaum Muslimin sekiranya kamu semua ikhlas melepaskan Abul ‘Ash untuk Zainab, teruskanlah…
Para sahabat memahami apa yang berlaku. Mereka ikhlas memulangkan kembali rantai tebusan tersebut kepada Zainab. Peristiwa tersebut menyebabkan rasa sayang Abul ‘Ash terhadap Zainab mulai timbul kembali. Dia ingin kembali kepada Zainab, namun Zainab menolaknya disebabkan perbezaan agama antara mereka.  Walaupun rasa cinta masih ada buat Abul ‘Ash, mana mungkin Zainab yang beragama Islam akan menerima suaminya yang kafir. Itu tidak mungkin terjadi melainkan Abul ‘Ash memeluk Islam. Zainab berharap sangat supaya suatu hari nanti hati Abul ‘Ash akan terbuka buat Islam.‘’ Jelas Kaisara. Imran mengangguk faham. Nyatanya Zainab amat mencintai suaminya.
“ Menjelang pembebasan bandar Makkah, Abul ‘Ash yang masih kafir berniaga ke negeri Syam. Dia membawa barang-barang dagangan kaum Quraish kerana dia adalah seorang yang dipercayai oleh kaumnya. Abul ‘Ash seorang yang sangat jujur. Setelah selesai berniaga, dia pun pulang ke Makkah. Malangnya, perjalanannya dihalang oleh pasukan kecil kaum Muslimin. Abul ‘Ash berusaha lari menyelamatkan dirinya. Barang dagangan yang ditinggalkan Abul ‘Ash dibawa pulang ke Madinah oleh kaum Muslimin sebagai harta rampasan. Pada malam hari, Abul ‘Ash menyusup ke bandar Madinah untuk mencari perlindungan daripada ditangkap oleh kaum Muslimin.
Abul ‘Ash memutuskan untuk masuk ke rumah Zainab. Itulah tempat paling selamat. Abul ‘Ash meminta pertolongan Zainab agar kaum Muslimin memulangkan kembali barang-barangnya kerana semua barang itu adalah amanah kaum Quraish. Zainab yang terkejut dengan  kedatangan Abul ‘Ash lalu menjerit, “ Wahai kaum Muslimin, aku telah melindungi Abul ‘Ash!”. Rasulullah SAW yang sedang solat berjemaah terdengar jeritan Zainab. Beliau turut memastikan jeritan itu daripada jemaah yang lain. Nyatanya mereka turut terdengar jeritan Zainab.  Lalu selepas selesai solat, Rasulullah SAW segera beredar pergi ke rumah Zainab.
Setelah itu, baginda berpesan kepada anaknya, Zainab, “Hormatilah dia tetapi berhati-hatilah. Jangan sampai engkau bersentuhan dengannya sebab engkau tidak halal baginya.” Dengan lemah lembut, Rasulullah SAW meminta kaum Muslimin yang merampas barang-barang dagangan Abul ‘Ash dipulangkan kembali. Para sahabat tidak keberatan untuk memulangkan kembali barangan dagangan itu kerana mereka lebih yakin pada rahmat dan kasih sayang daripada kekerasan. Setelah mendapat kembali barang-barangnya, Abul ‘Ash pulang ke Makkah. Perlakuan kaum Muslimin benar-benar menyentuh hatinya. Hatinya mula tersentuh dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh mereka. Dia sangat kagum.
Setibanya di Makkah, Abul ‘Ash memulangkan kembali barang-barangnya itu kepada pemiliknya.Setiap kali dia memulangkan barang-barang itu, dia akan memastikan pemiliknya mendapat semua barangnya kembali. Tiada siapa pun dalam kalangan kaum Quraish yang merungut barang mereka tidak dipulangkan malah memuji sikap Abul ‘Ash yang jujur dan amanah. Setelah selesai kerjanya, Abul ‘Ash mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan semua kaum Quraish. Kemudian, tergesa-gesa dia pulang ke Madinah untuk mengumumkan keislamannya. Dia hendak bertemu Rasulullah dan bergabung dengan pasukan kaum Muslimin. Dia juga ingin bertemu dengan Zainab, isterinya. Akhirnya, kedua mereka bersatu kembali dalam keadaan kedua-duanya Islam dan beriman. Tiada apa yang dapat menghalang mereka lagi dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri. Happy ending…”
“ Akhirnya mereka bersatu juga.” Imran memberi ulasan.
“ Betul. Sayang kagum dengan sikap Zainab yang setia dan sayang kepada suaminya. Abang nak tahu, seorang isteri yang kehilangan suaminya diibaratkan bagai separuh dirinya telah mati. Jadi, sayang tak boleh hidup tanpa abang disisi sayang.” Luah Kaisara perlahan. Imran mengangkat lembut wajah isterinya yang menunduk. Dipandang lama wajah kesayangannya itu.
“ Abang pun tak boleh hidup tanpa tulang rusuk kiri abang ni tapi sayang kena ingat, satu hari abang pasti akan pergi. Cintailah Allah dan Rasul melebihi segalanya, ya sayang.” Lembut Imran menutur kata.Air mata Kaisara menitis perlahan.
“ Cinta Allah dan Rasul tiada taranya abang. Itulah yang utama. Sayang cuma nak abang tahu, abang adalah insan yang paling sayang cintai setelah Allah dan Rasul. Insyaallah, sayang takkan tinggalkan abang sampai bila-bila. Biarlah ajal yang memisahkan kita di dunia, sayang nak jadi bidadari buat abang di Syurga. Boleh ye bang?” Soal Kaisara. Imran mengangguk perlahan. Sungguh mendalam kata-kata isterinya itu. Kaisara hanya ada dia di dunia ini sebagai peneman. Ibu bapanya sudah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Dialah satu-satunya ahli keluarga buat Kaisara.
“ Sayang merupakan bidadari yang tercantik buat abang…” Perlahan-lahan satu kucupan hinggap di dahi Kaisara. Kaisara tersenyum bahagia. Ya Allah, terima kasih kerana engkau mengurniakan aku seorang suami yang melabuhkan cintanya terhadap-Mu Ya Rabb!
***
Kaisara tersenyum melihat keletah anak-anak kecil yang bermain di padang permainan. Sesungguhnya mereka adalah anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah kepada ibubapa untuk mendidiknya. Anak-anak kecil sememangnya ibarat kain putih yang tanpa cela dan noda. Merekalah bakal memimpin generasi pada masa hadapan kelak dan mengembalikan zaman kegemilangan khalifah,insyaallah…
“ Kenapa senyum sorang-sorang ni? Ingat abang ke sayang? Abang beli ais krim kejap pun dah rindu?” Tegur Imran.
“ Kenapalah suami sayang ni perasan sangat? Sayang senyum bukan ingat abanglah.” Balas Kaisara sambil tersenyum.
“ Sayang tengok budak-budak tu. Comel.” Sambung Kaisara. Imran yang mendengar kata-kata  Kaisara terdiam. Dia tahu apa yang terbayang di fikiran isterinya itu.
“ Nah.” Imran menghulurkan ais krim kepada Kaisara. Kaisara memandang Imran pelik.
“ Kenapa ada satu je?” Soal Kaisara.
“ Abang tak cukup duitlah sayang.”
“ Lah…kenapa tak cakap dengan sayang. Sayang ada duit ni. Sayang beli untuk abang ye?” Kaisara ingin berlalu pergi namun pergelangan tangannya dipegang kejap oleh Imran.
“ Sayang, abang gurau jelah. Abang sengaja beli satu, sebab abang nak kongsi dengan sayang. Bukan ke romantik tu?” Imran tersenyum.
“ Abang ni sajakan kenakan sayang.” Kaisara mencuit hidung suaminya. Mereka tertawa. Terasa kebahagiaan milik mereka berdua sekarang.
“ Abang dah sedia ke?” Perlahan-lahan Kaisara mengatur kata. Tidak mahu kata-katanya mengundang duka pada suaminya.
“ Sedia?” Soal Imran tidak mengerti.
“ Abang…lagi dua minggu je bang. Abang tak mungkin lupakan?” Imran berubah riak wajahnya. Kalau boleh dia tidak mahu berfikir mengenainya.
“ Sayang. Tolong jangan cakap pasal ni.”
“ Nak tak nak, abang kena juga laluinya.”
“ Walaupun hati sayang sakit? Macam tu?”
“ Mana tahu hati sayang sakit? Abang dah belah hati sayang ke?” Kaisara cuba bergurau, namun Imran masih serius. Dipegang wajah suaminya lembut.
“ Abang. Keredaan Allah terletak pada keredaan ibubapa. Sayang tak nak disebabkan sayang, abang dengan mama bergaduh. Sayang tak sanggup tengok tu bang. Biarlah sayang seorang yang rasa kehilangan kasih sayang ibu bapa tapi sayang tak nak abang kehilangan kasih sayang seorang ibu. Mama je lah satu-satunya ahi keluarga abang.”
“ Jadi sayang sanggup buat keputusan macam ni? Sayang dah tak sayangkan abang ke?”
“ Astagfirullah al-azim. Abang, sayang, sayangkan abang sangat-sangat. Isteri mana yang tak sayangkan suaminya. Ini semua untuk kebahagiaan abang, untuk masa depan abang dan juga…untuk pewaris abang satu hari nanti.” Perlahan Kaisara menutur.
“ Bukan macam ni caranya sayang. Kita ada alternatif lain. Bukannya mengikut kehendak mama nak jodohkan abang dengan Zahira sayang…” Imran seakan merintih.
“ Abang…inilah caranya abang. Mama harap sangat abang dapat bernikah dengan Zahira. Zahira perlukan bimbingan daripada seorang imam macam abang. Sayang tak nak Zahira akan kembali pada tabiat asalnya bang. Zahira mulai berubah bila jumpa abang. Lagipun, sayang tak dapat nak lahirkan mujahid untuk abang. Mana tahu ada rezeki abang bernikah dengan Zahira, abang dapat zuriat. Sayang suka.” Kaisara tersenyum. Imran hanya terdiam.
“ Maafkan sayang abang kalau keputusan ini membuatkan abang terluka. Mungkin jodoh abang bukan dengan sayang seorang. Jodoh abang juga bersama Zahira. Saya terima dengan reda abang.Namun, sayang yakin, abang boleh berlaku adil. Cinta kita tetap samakan?” Soal Kaisara sambil menunjukkan jari kelingkingnya. Imran yang melihat perlakuan Kaisara tersenyum. Jari kelingking mereka saling bertaut mengukir janji.
***
“ Im nak perkahwinan ni berlangsung secara kecil-kecilan je.” Ujar Imran. Datin Yuhanis yang mendengar kenyataan Imran tercengang.
“ Kenapa pula Im? Mama dah tempah hotel tau? Tak kan nak batal tiba-tiba? Malulah mama.” Balas Datin Yuhanis seakan tidak puas hati.
“ Im tak kisah mama. Im nak jaga hati Kaisara.” Berubah riak wajah Datin Yuhanis mendengar jawapan anak tunggalnya itu.
“ Jaga hati Kaisara? Ohh…Im tak nak pula jaga hati mama.”
“ Mama…macam mana lagi Im nak jaga hati mama? Tak cukup ke Im bersetuju nak kahwin dengan Zahira?” Soal Imran.
“ Ma…satu ni je Im minta. Untuk jaga hati Kaisara sebagai isteri Im yang bakal dimadukan, Im tak nak majlis besar-besaran. Im hanya mahu kenduri doa selamat. Im nak minta sangat mama hormat dengan permintaan Im dan hormat dengan isteri Im.” Sambung Imran.
“ Kalau macam tu, mama akan batalkan tempahan hotel tu.” Datin Yuhanis mengalah. Imran tersenyum. Akhirnya mamanya bersetuju juga.
“ Mama…sepatutnya mama berterima kasih dengan Kaisara. Dialah yang telah membuka hati Im untuk menerima Zahira. Kalau tak kerana dia, hasrat mama tak mungkin akan tercapai.” Imran berlalu pergi. Datin Yuhanis yang mendengar kata-kata Imran mendengus geram. Kenapalah anaknya begitu setia dengan perempuan kampung tu?
***
“ Abang nampak kacak. Macam masa abang nak nikah dengan sayang dulu.” Ikhlas Kaisara menutur kata. Imran yang mendengar hanya tersenyum paksa. Kalaulah Kaisara tahu kasihnya hanya untuknya seorang. Kenapa dia begitu lemah untuk menolak permintaan isterinya?
“ Abang kenapa diam? Cakaplah sikit dengan sayang. Lepas ni abang bukan jaga sayang sorang tau. Abang kena jaga…” Kata-kata Kaisara terhenti apabila jari Imran melekap dimulutnya. Imran menggeleng-geleng kepalanya menandakan dia tidak mahu Kaisara meneruskan kata-katanya. Sama seperti dia pernah melakukannya kepada suaminya satu ketika dulu. Perlahan Imran merangkul Kaisara dalam pelukan.
“ Abang nak sayang tahu, abang cuma sayangkan sayang seorang.” Kata-kata itu benar-benar menyentuh hati Kaisara. Tanpa disedari air matanya mengalir.
“ Tapi nanti abang tak boleh nak sayang sayang  seorang . Abang kena adil.” Tutur Kaisara perlahan.
“ Abang tak kira. Abang tetap nak sayang sayang abang ni cuma seorang.” Imran menitiskan air matanya. Terlalu berat rasanya dia hendak melangkah kala ini. Dia tidak mahu melepaskan pelukannya.Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
“ Im…tok kadi dah sampai dah. Cepat sikit.” Datin Yuhanis bersuara. Kaisara dan Imran tersentak.Mereka meregangkan pelukan.
“ Tengok. Abang dah tak kacak lagi bila menangis. Lap air mata tu. Nanti diorang ingat sayang buli abang pula.” Imran ketawa mendengar gurauan isterinya itu. Perlahan Imran mengatur langkah.
“ Abang sayang sayang.”
“ Sayang pun sayang abang.” Imran tersenyum.
“ Abang…”
“ Cinta kita tetap samakan?” Imran mengangguk.
***
“ Aku nikahkan dikau dengan Zahiratul Aina binti Jamil dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.”
“ Aku terima nikahnya…” Imran terasa teragak-agak. Tok kadi dan saksi yang melihat berkerut melihatnya. Datin Yuhanis dan Zahira mulai risau.
“ Kenapa teragak-agak? Gementar ye. Tak pe, kita mula lagi sekali ye.” Usik Tok kadi. Ucapan ijab diulang oleh Tok Kadi, namun ucapan qabul oleh Imran masih tidak sah.
“ Maaf tok. Saya nak minta tenangkan fikiran dulu.” Ujar Imran. Tok kadi hanya mengangguk tanda bersetuju. Datin Yuhanis yang melihat perlakuan anak lelakinya terasa pelik. Bukannya ini pernikahan pertama kali buat Imran, tapi pernikahan yang kedua. Nyatanya Imran punya pengalaman dan tidak mungkin atas dasar gementar dia jadi begitu. Semasa pernikahan yang pertama, lafaz ijab dan kabulnya lancar dan jelas. Hanya dengan sekali lafaz sahaja.
“ Ini mungkin angkara perempuan kampung ni. Entah apa yang dia guna.” Getus hati Datin Yuhanis. Tanpa berlengah, Datin Yuhanis menaiki tangga menuju ke bilik untuk berjumpa Kaisara. Kaisara hanya menunggu dibilik semasa upacara pernikahan kerana dia memberi alasan kepalanya pening dan dia perlu berehat. Hakikatnya, dia tidak sanggup sebenarnya untuk menyaksikan pernikahan kali kedua suaminya.  Dia juga tidak mahu dengan keberadaannya di situ akan membuatkan suaminya terasa berat hati dan berubah fikiran. Pintu bilik diketuk. Kaisara perlahan mengatur langkah membuka pintu. Air mata yang menitis cepat-cepat diseka.
“ Eh…mama. Abang dah selamat nikah ke?” Sopan Kaisara menutur kata.
“ Selamat nikah kepala otak kau! Kau bagi air apa dekat dia hah?” Kasar Datin Yuhanis membalas.
“ Air apa yang mama maksudkan ni?” Soal Kaisara. Sememangnya dia tidak mengerti apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya itu.
“ Kau jangan nak buat tak tahu. Kau tahu tak si Imran tu tak lepas-lepas nak ucap lafaz akad daripada tadi. Aku tak tahu kau bubuh apa dekat lidah dia.” Kaisara mengerutkan dahinya.
“ Abang Imran tak nikah lagi?” Soal Kaisara.
“ Yelah.Semua sebab kau. Apa yang kau dah bagi dekat anak aku perempuan kampung?”
 “ Mama, abang dekat mana?” Pertanyaan Datin Yuhanis tidak diendahkan Kaisara.
“ Buat apa kau nak jumpa dia? Kau nak tambah ubat apa lagi dekat si Im tu?” Lancang mulut Datin Yuhanis menuduh. Tanpa mengendahkan Datin Yuhanis, Kaisara berlari ke bawah mendapatkan Imran. Matanya melilau mencari suaminya. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang segak berpakaian baju melayu putih yang duduk di laman rumah. Perlahan-lahan kakinya melangkah.
“ Abang…” Tangannya lembut memegang tangan suaminya.
“ Kenapa abang buat sayang macam ni?” Soal Kaisara sayu.
“Abang tak boleh sayang…”
“ Abang dah janji dengan sayangkan. Abang kenalah tunaikan.” Kaisara cuba memujuk. Imran masih menunduk. Perlahan-lahan Kaisara mengangkat wajah tampan suaminya. Wajah itulah penenang hatinya sampai bila-bila. Kaisara tahu suaminya itu tidak sanggup untuk menerima permintaannya yang satu ini. Namun, apakan daya, dia tidak mampu untuk memberikan zuriat kepada suaminya. Kaisara rela melakukannya demi membahagiakan kehidupan suaminya yang seorang itu. Kaisara tidak mahu Imran sunyi tanpa zuriat. Itulah agenda utamanya namun tidak pula diutarakan kepada Imran.
“ Abang, kalau abang tak nak buat semua ni kerana sayang, abang buat kerana Allah bang. Tujuan kita baik bang. Kita nak ubah cara hidup Zahira. Kita tak nak Zahira hidup tak tentu hala. Dia anak yatim bang, sama macam sayang. Sayang tahu perasaan anak yatim tu macam mana bang.  Dia perlukan bimbingan abang. Abangkan selalu ingatkan sayang …boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. ( 2 : 216)”Kaisara memujuk lembut suaminya.
“ Abang yakinlah dengan janji Allah. Mungkin ini adalah ujian kita berdua dalam menempuh alam rumah tangga. Sayang nak abang tahu, sayang takkan pernah tinggalkan abang. Insyaallah sayang akan bersama-sama disisi pahlawan sayang ni sampai bila-bila.” Sambung Kaisara. Imran tersenyum. Hatinya terasa tenang dengan kata-kata isterinya.
“ Kalau itu yang sayang mahukan, insyaallah, abang cuba untuk lakukan.” Imran memberikan reaksi positif. Kaisara menarik nafas lega.
***
“ Abang, kenapa muka masam ni?” Soal Kaisara. Imran hanya diam.
“ Pahlawan sayang gaduh dengan Zahira lagi ye?” Kaisara cuba meneka. Imran mengangguk perlahan. Kaisara hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“ Apa abang dah buat dekat Zahira?” Soal Kaisara bergurau.
“ Kenapa abang pula? Zahiralah. Tak tahu apa yang dia cemburukan sangat. Ada dia cemburu panggil sayang ni sayang tapi bila tang dia, abang cuma panggil nama dia je.” Jawab Imran seakan geram. Kaisara hanya tersenyum.
“ Abang cemburukan tandanya sayang. Zahira sayanglah dekat abang tu.” Kaisara cuba menyedapkan hati suaminya.
“ Cemburu terlebih sangat pun tak boleh juga.” Balas Imran selamba.
“ Abang ni panggil lah dia sayang. Dia pun nak sayang abang juga.”
“ Mana boleh. Sayang abang cuma seorang bukannya dua.” Kata-kata Imran membuatkan Kaisara tersenyum. Sayangnya suaminya terhadapnya.
“ Abang ni nak bodek sayang ye? ” Kaisara cuba menguji.
“ Sayang. Abangkan pernah cakap dekat sayang yang abang akan sayang sayang seorang. Abang takkan ubah itu.” Tersentuh hati Kaisara mendengarnya.
“ Abang nak dengar satu cerita?” Soal Kaisara.
“ Nak. Rindu nak dengar sayang cerita.” Puji Imran. Kaisara tersenyum.
“ Kalau abang nak tahu, Aisyah iaitu isteri Rasulullah SAW sangat kuat cemburu.”
“ Ye?” Soal Imran. Kaisara mengangguk.
“Suatu ketika Rasulullah SAW menetap lama di rumah Ummu Salamah iaitu madu kepada Aisyah. Apabila Rasulullah pulang, Aisyah pun bertanya, “ Ya Rasulullah, di manakah engkau selama ini?”. Rasulullah SAW pun menjawab beliau ada di rumah Ummu Salamah. Lalu dengan nada menyindir Aisyah menjawab, “ Begitu lama ya Rasulullah?.” Mendengar sindiran itu, Rasulullah hanya tersenyum. Namun, Aisyah tidak berpuas hati lagi. Dia mahu Rasulullah mengetahui bahawa dia cemburu saat ini. Jadi, Aisyah pun berkata,” Ya Rasulullah, sekiranya engkau melalui dua jalan berasingan yang satu keadaanya sangat baik, tidak digunakan untuk mengembala, sedangkan yang satu lagi jalannya telah digunakan untuk mengembala, jadi yang manakah jalan yang engkau pilih?” Abang rasa abang akan jawab apa?” Soal Kaisara. Imran tersenyum.
“ Tentulah abang akan pilih jalan yang tidak digunakan untuk mengembala.” Jawab Imran.
“ Abang pilih jawapan sama macam Rasulullah SAW. Lalu Aisyah pun berkata kepada Rasulullah,” Akulah ya Rasulullah, aku inilah yang baik..tidak ada seorang isteri-isteri engkau sepertiku.”
“ Apa maksud Aisyah sebenarnya?” Tanya Imran.
“ Sebenarnya Aisyah menyatakan hasratnya secara tersirat. Dia mahu mengatakan kepada Rasulullah bahawa Rasulullah SAW telah mengahwininya dalam keadaan masih gadis. Sedangkan madu-madunya lain adalah janda. Oleh itu, dia meminta agar baginda mahu memberikan masa yang lebih lama kepadanya daripada yang lain. Seolah-olah dia menyatakan bahawa dirinyalah yang harus diistimewakan daripada madu-madunya yang lain.”
“ Oh…” Imran mengangguk faham.
“ Abang dapat kesimpulan tak daripada cerita sayang ni?”
“ Hmm…sifat cemburu memang ada pada wanita. Isteri Rasulullah juga punya sifat cemburu, lagikan pula wanita biasa. Betul?”
“ Betul. Macam tu lah juga Zahira. Abang…sayang tahu abang sayang dekat sayang tapi ingat Zahira juga mahukan kasih sayang yang sama. Sayang harap sangat abang dapat kasihkan Zahira sama macam abang sayangkan sayang.” Tutur Kaisara lembut. Imran perlahan-lahan memegang tangan isteri kesayangannya itu. Dipegang erat dan dikucup lembut tangannya.
“ Sayang, abang nak sayang dengar permintaan abang. Kalau sayang tak nak pun, abang nak juga sayang dengar dan tunaikan. No excuse.”
“ Untuk pahlawan sayang apa-apa permintaan pun boleh.” Jari runcing Kaisara mencubit pipi suaminya. Imran tersenyum.
“ Aisyah adalah isteri yang disayangi Rasulullah kan?” Soal Imran. Kaisara mengangguk.
“ Dan tak  salah kiranya sayang adalah isteri abang yang paling abang sayang. Zahira harus faham itu.’’
“Sudi tak kiranya sayang menjadi isteri kesayangan abang hingga ke syurga? .” Sambung Imran. Air mata Kaisara menitis. Hatinya sayu mendengar kata-kata suaminya itu. Begitu sekali pengiktirafan suaminya terhadapnya.
“ Abang, mana lagi tempat seorang isteri macam sayang ni kalau bukan di sisi abang. Sayang sangat-sangat sudi menjadi isteri kesayangan abang sampai ke syurga.” Perlahan Kaisara menutur kata. Imran tersenyum mendengarnya. Sesungguhnya cintanya kepada Kaisara tidak akan pernah pudar.
“ Terima kasih sayang.”
***
“ Abang…”
“ Kenapa Zahira?” Soal Imran lembut.
“ Malam ni abang teman Zahira ye. Zahira takutlah. Dekat kawasan ni sekarang ramai pencuri. Zahira takut.” Zahira bersuara manja.
“ Zahira mana tahu? Abang tak dengar pula cerita pasal pencuri dekat sini? Man tak pernah pula cerita dengan abang?.” Man merupakan rakan sepejabat Imran yang turut menetap di taman perumahan yang sama. Mereka sudak semestinya akan berjumpa setiap hari dan akan berborak. Man kalau berborak, semua cerita dia akan dikongsikan termasuklah mengenai isu terkini taman perumahannya.
“ Man tak semestinya tahu semua perkara bang. Abang tak percaya dengan Zahira ke?” Zahira menarik muka masam. Imran memandang Zahira serba salah. Bukan ke dalam perhubungan perlu saling percaya-mempercayai. Kenapa dia selalu terlupa mengenai itu apabila bersama Zahira? Lagipun betul juga kata-kata Zahira, tak mungkin Man tahu semua perkara. Hatinya pula tiba-tiba rindu kepada Kaisara. Sepanjang perkahwinannya dengan Kaisara, Kaisara langsung tidak pernah menarik muka masam kepadanya melainkan hanya senyuman manis yang terukir dibibirnya.
“ Abang minta maaf tapi malam ni kan giliran abang bermalam dekat rumah Kak Kaisara?” Imran cuba mengingatkan Zahira yang mungkin terlupa.
“ Zahira tahu tapi Zahira takut. Kalau terjadi apa-apa dekat Zahira macam mana? Kak Kaisara mesti faham dan bagi abang tidur dekat rumah Zahira malam ni.” Zahira cuba memujuk.
“ Kenapa Zahira nak takut? Allahkan ada. Pastikan sebelum tidur Zahira dah kunci pintu. Kalau Zahira rasa bimbang lagi, Zahira pergi rumah mama dekat sebelah tu. Bukannya jauh pun kan?” Ujar Imran. Zahira terdiam. Memang dia tidak punya alasan yang kukuh. Rumah ibu mertuanya berada di sebelah rumah sahaja. Kiranya kalau Zahira keseorangan di rumah pun, ibu mertuanya ada. Oleh sebab itu, Imran tidak berapa risau.
“ Zahira…bukan abang tak nak temankan Zahira. Abang nak tapi abang dah janji dengan Kak Kaisara untuk balik ke rumah dia malam ni. Semalam kan abang dah teman Zahira. Kini Giliran Kak Kaisaralah pula.” Imran cuba memujuk. Zahira senyum segaris. Rasanya rancangannya tak berhasil kali ini.
“ Tak pelah abang. Zahira faham. Zahira hanya menumpang kasih antara abang dan Kak Kaisara. Zahira ni cuma batu penghalang bagi hubungan abang dengan Kak Kaisara.” Zahira cuba memprotes. Imran menggeleng-geleng kepalanya. Perlahan-lahan Imran memegang lembut tangan Zahira.
“ Tak baik Zahira cakap macam tu. Zahira kena faham. Tanggungjawab abang untuk menjaga dua orang isteri dalam satu masa memang berat. Abang cuba sedaya upaya untuk berlaku adil dengan kalian berdua.”
“ Kenapa abang kahwin dengan Zahira? Atas dasar apa abang kahwin dengan Zahira?” Soal Zahira tiba-tiba. Imran terdiam. Ternyata soalan Zahira tidak mampu untuk dijawab oleh Imran.
“ Kenapa abang diam? Abang tak pernah cintakan Zahirakan? Abang kahwin dengan Zahira pun sebab terpaksa. Abang kahwin dengan Zahira pun untuk dapatkan zuriat semata sebab bini abang tu tak dapat nak lahirkan anak untuk abang kan?!.” Lancang mulut Zahira berbicara.
“ Zahira!. Jangan nak mengaitkan Kak Kaisara dalam hal ini. Kenapa sekarang baru Zahira nak pertikaikan kenapa abang nak kahwin dengan Zahira? Kenapa tak pertikaikan sebelum kita nikah dulu? Kenapa sekarang?.” Imran sudah mulai hilang sabar namun nada suaranya masih lagi dapat dikawal. Zahira terdiam.
“ Zahira, abang nak Zahira tahu. Kak Kaisara cinta pertama abang. Dia ratu hati abang, dia cinta hati abang dan dia separuh daripada diri abang. Kalau Zahira menghina dia, maknanya Zahira turut menghina abang.”
“ Abang…maafkan Zahira bang. Zahira terlepas cakap. Tak tahu kenapa mulut ni jahat sangat. Abang, maafkan Zahira.” Zahira memegang tangan Imran. Mengalir air matanya. Terasa kesal dengan perbuatannya tadi. Imran hanya membiarkan.
***
Kaisara tersenyum melihat hidangan makan malam siap terhidang di atas meja. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Sementara menunggu kepulangan suaminya, Kaisara mendandan dirinya sehabis mungkin buat tatapan suaminya yang tercinta. Teringat dia akan pesanan isteri Auf bin Muhallim kepada anak gadisnya yang sudah berkahwin. Salah satu nasihat yang diberikan ialah janganlah sampai mata suamimu memandang sesuatu yang buruk pada dirimu. Janganlah sampai hidung suamimu mencium kecuali yang harum baunya pada seluruh badanmu. Pakailah celak yang terbaik di antara yang terbaik, pergunakanlah sabun yang wangi di antara yang wangi.
Sedang leka Kaisara bersiap, telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Sekali lagi Kaisara tersenyum melihat di skrin perkataan pahlawanku yang memanggil. Itulah nama panggilan suaminya yang disimpan di dalam memori telefonnya.
“ Assalammualaikum pahlawanku.” Ceria Kaisara memberi salam.
“ Waalaikumsalam sayang.” Imran membalas.
“ Abang bila nak sampai? Sayang tunggu abang.”
“ Sayang…abang minta maaf.”Lambat-lambat Imran menutur.
“ Kenapa bang? Abang okey ke?.” Kaisara berubah riak. Kaisara mulai risau.
“ Abang tak dapat balik rumah sayang malam ni. Zahira…”
“ Kenapa dengan Zahira bang?”
“ Zahira tak sihat. Dia… jatuh tangga. Abang kena jaga dia. Maaf sayang.”
“ Ya Allah! Macam mana boleh jatuh tangga bang? Keadaan Zahira macam mana?” Kata maaf suaminya tidak diendahkan. Apa yang dirisaukan adalah keadaan Zahira.
“ Mama kata Zahira pening kepala masa naik tangga sebab tu terjatuh. Abang pula masa tu dekat tempat kerja. Mama yang call abang. Zahira okey je. Dia tak ada apa-apa. Sayang jangan risau ye.”
“ Alhamdulillah Zahira tak ada apa-apa. Insyaallah esok sayang ziarah Zahira.”
“Maaf abang tak beritahu sayang awal-awal.”
“ Eh…abang tak payahlah minta maaf dengan sayang. Sayang tahu abang sibuk. Lagipun sekarang ni Zahira perlukan lebih perhatian daripada abang. Tak pe. Abang jaga Zahira sampai sembuh ye.” Lembut Kaisara menutur kata. Tenang hati Imran mendengarnya.
“ Abang risau sayang…”
“ Kenapa nak risau sayang. Sayang bukan sakit. Zahira tu yang patut abang risaukan.”
“ Abang risau sayang malam ni tak ada bantal peluk. Nanti sayang tak tidur lena.” Sempat Imran mengusik. Kaisara tergelak mendengarnya. Kalau suaminya itu ada didepan mata, sudah pastinya hidung mancung suaminya akan dicubit.
“ Abang nakal ye. Tak pe. Tidur sayang akan sentiasa lena sebab abang memang dah ada dekat hati sayang. Tak kira abang jauh mana pun, abang tetap dekat di hati sayang.”
“ Terima kasih sayang. Miss u a lot. Mesti tak makan lagikan sebab tunggu abang?”
“Eh, perasan abang ni. Tak ada masa lah nak tunggu abang. Sayang dah makan dulu petang tadi. Tak tahan lapar. Sorry.” Kaisara terpaksa berbohong. Daripada petang tadi dia tidak menjamah apa pun semata-mata untuk menyiapkan makanan kesukaan suaminya.Kaisara tidak mahu pula suaminya rasa risau dan bersalah dengannya.
“ Baguslah sayang abang dah makan. Tak adalah abang risau kalau sayang abang ni tak makan lagi.”
“ Abang dah makan?”
“ Dah. Abang makan dekat rumah mama tadi.”
“ Abang jangan lupa makan pula tau. Nanti Zahira sihat, abang pula sakit.” Kaisara mengingatkan.
“ Baiklah sayang. Pesan sayang tak pernah abang lupa. Semua dah tersimpan rapi dekat dalam file hati abang.”
“ Simpan elok-elok ya bang file tu. Nanti tak payah susah-susah sayang nak ingatkan balik.” Imran ketawa mendengar jenaka Kaisara.
“ Tahu tak sayang, Abang sayang sayang, sangat-sangat.”
“ Dan sayang pun nak abang tahu yang sayang adalah perempuan yang paling bahagia apabila abang menyayangi sayang…sangat-sangat.”Mereka berdua saling ketawa bahagia.
***
“ Zahira jaga Kak Kaisara baik-baik ye.” Pesan Imran kepada Zahira. Zahira hanya tersenyum mengangguk. Atas urusan kerja, Imran terpaksa meninggalkan kedua-dua isterinya untuk beberapa minggu. Sementara ketiadaanya di rumah, Imran meminta Zahira untuk menetap di rumah Kaisara. Jika kedua-duanya tinggal dalam satu bumbung, Imran tidaklah begitu risau untuk meninggalkan isteri-isterinya itu.
“ Sayang pun kena jaga Zahira baik-baik juga ye.” Giliran Kaisara pula menerima pesanan Imran.
“ Abang jangan risau. Kami berdua akan saling jaga antara satu sama lain. Betul tak Zahira?” Soal Kaisara. Zahira mengangguk tanda setuju. Imran hanya tersenyum.
“ Betul bang. Zahirakan ada teman Kak Kaisara dekat sini. Abang jangan risau.”
“ Baguslah kalau macam tu.” Sesekali Imran melihat jam dipergelangan tangannya.
“ Hmm..abang kena bertolak sekarang.” Ujar Imran. Tanpa membuang masa Kaisara dan Zahira bergilir-gilir mengucup tangan suaminya. Namun, Kaisara mengucup tangan suaminya lama. Terasa berat untuk berpisah dengan suaminya kala ini.
“ Abang jaga diri baik-baik ye dekat sana. Ingat pesan sayang dekat abang. Jaga makan minum semua ye bang.”Kaisara berkata sayu. Imran tersenyum. Dipegang lembut pipi mulus isterinya yang tercinta itu.
“ Sayang. Jangan macam ni. Berat rasanya abang nak tinggalkan sayang. Jangan bimbang dengan abang sayang. Sayang lupa yang abang dah simpan pesanan sayang dalam file hati abang?.”Kaisara tersenyum manis.
“ Okeylah. Abang gerak dulu. Nanti dah sampai sana, insyaallah abang call.Assalammualaikum.” Imran berlalu pergi. Kaisara setia menunggu sehingga kereta suaminya hilang daripada pandangan mata.
***
“ Zahira nak pergi mana?” Soal Kaisara.
“ Aku nak pergi keluar.” Jawab Zahira. Kaisara tersentak apabila panggilan ‘aku’ terkeluar daripada mulut Zahira. Biasanya dia akan membahasakan dirinya saya. Namun kali ini, lain pula.
“ Kenapa pakai macam ni? Zahira tak pakai tudung?.” Soal Kaisara lembut. Zahira yang tadinya khusyuk mendandan dirinya, memandang geram ke arah Kaisara.
“ Aku pantang betullah kalau ada orang nak menyibuk pasal apa yang aku pakai. Kenapa kau sibuk? Suka hati akulah nak pakai apa! Bukan badan kau pun!.” Kasar Zahira membalas. Kaisara menggelengkan kepalanya. Tidak menyangka kata-kata itu terkeluar daripada mulut Zahira.
“ Astagfirullah al-azim…Zahira,mengucap Zahira. Selama ni kan Zahira pakai tudung dan menutup aurat. Kenapa hari ni Zahira nak pertikaikan semua tu? Itukan suatu kewajipan kepada kita sebagai seorang muslimah.” Kaisara menutur lembut namun nadanya tegas.
“ Dah habis dah cakap?.” Tanya Zahira.
“ Kau ingat aku nak sangat ke berubah. Kalau kau nak tahu, aku guna perkataan berubah tu pun untuk dapatkan Imran. Tu je. Memang selama ni aku tutup aurat sebab aku nak jadi isteri mithalilah katakan depan suami tapi sekarang dia tak ada. So, suka hati akulah.” Sambung Zahira lagi.
“ Apa yang Zahira cakap ni?.”
“ Kenapa? Rasa tak percaya?.” Zahira tersenyum sinis.
“ Okey kalau betul kau tak faham. Aku bagi kau faham dengan lebih jelas. Sebenarnya, kau yang bodoh sebab bagi laki kau kahwin dengan aku. Mesti kau menyesalkan sebab bersetuju jadikan aku ni madu kau. Yelah, kau fikir aku ni nak berubah, perlukan bimbingan semua bagailah! Memang fikiran kampung!.” Kaisara terdiam saat ini. Tidak menyangka mengenai perubahan drastik Zahira. Barulah dia tahu selama ini Zahira bermuka-muka. Bibirnya diketap. Hatinya berzikir mengingati Allah. Dia tidak mampu membalas. Dan jika dia membalas pastinya syaitan bersorak riang. Dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.
“ Zahira, menantu kesayangan mama dah siap?” Tiba-tiba Datin Yuhanis muncul di hadapan pintu rumah. Sedaya upaya Kaisara menyembunyikan riak wajahnya yang sedikit tegang. Kaisara mengatur langkah menuju ke arah Datin Yuhanis untuk bersalaman.
“ Mama bila sampai? Kaisara tak perasan pula.” Ujar Kaisara sopan. Tangannya dihulur untuk bersalaman namun tidak disambut oleh ibu mertuanya itu.
“ Zahira kenapa lambat ni?”
“ Perempuan tu ma. Menyibuk. Kalau tak mesti Zahira dah siap.” Zahira mengadu. Datin Yuhanis menjeling tajam ke arah Kaisara. Kaisara menundukkan kepalanya.
“ Eh, perempuan! Kau sedar diri tu sikit. Kalau ada Imran memang kau jadi pemaisuri tapi kalau Imran tak ada kau tu ibarat pengemis dekat tepi jalan kau tahu?.” Datin Yuhanis lancang berkata-kata.
“ Kau jangan nak tunjuk muka sedih kat sinilah perempuan!.Meluat aku tengok. Benci aku tengok muka kau!.” Sambung Datin Yuhanis. Kaisara beristighfar. Begitu sekali ibu mertuanya membenci dirinya. Sejak daripada dulu lagi, Kaisara tahu Datin Yuhanis memang tidak menyukai dirinya. Namun, sebagai menantu, dia berusaha sedaya mungkin untuk menarik hati ibu mertuanya itu.
“Mama…Kaisara nak cakap sikit.” Setelah sekian lama berdiam, Kaisara bersuara.
“Bukan niat Kaisara nak sakitkan hati sesiapa tapi demi amanat abang Imran kepada Kaisara untuk jaga Zahira, Kaisara tak boleh benarkan Zahira keluar daripada rumah ni melainkan… Zahira keluar daripada rumah ni dengan pakaian yang menutup aurat.” Berani Kaisara menutur kata. Tiba-tiba satu tamparan hinggap dipipi kiri Kaisara.
“ Kau siapa nak halang Zahira keluar? Kau ingat ni rumah kau, kau boleh buat suka hati? Hey, perempuan…kau sedar diri kau menumpang. Ni rumah anak lelaki aku. Jangan nak perasan alim dekat sini. Aku meluatlah.” Datin Yuhanis membalas geram. Zahira tersenyum gembira. Gembira kerana kemenangan terletak di tangannya. Kaisara hanya menunduk.
“ Zahira jom kita pergi. Jangan layan sangat si perempuan gila ni.” Datin Yuhanis dan Zahira berlalu pergi. Perlahan-lahan Kaisara terduduk. Terasa dirinya tidak kuat.
“ Abang…maafkan sayang. Sayang tak dapat nak jaga Zahira seperti apa yang abang harapkan daripada sayang.” Sayu suaranya menutur.
“ Ya Allah! Kuatkanlah semangatku Ya Allah!...Jika ini adalah ujian dalam rumah tanggaku, aku terima Ya Allah!...Aku mohon Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa ibu mertuaku dan Zahira.”
***
“ Kau masak apa ni perempuan!” Datin Yuhanis menengking. Zahira yang melihat perlakuan ibu mertuanya tersenyum-senyum. Helahnya menjadi.
“ Kenapa mama? Tak sedap ke?.”
“ Memang tak sedap! Kau rasa sendiri. Masin! Kau nak aku dengan Zahira mati cepat ke?”
“ Masin?.” Perlahan-lahan Kaisara cuba merasa rendang ayam yang dimasaknya itu.Memang sangat masin.
“Tapi tadi Kaisara dah rasa, memang tak masin mama.” Kaisara cuba membela diri. Dia pasti akan hal itu. Sebenarnya, semasa ketiadaan Kaisara di dapur, Zahira memasukkan satu balang garam ke dalam rendang ayam Kaisara.
“ Kau jangan nak buat alasanlah. Kalau perempuan hati busuk, tetap busuk juga. Macam manalah anak aku tu boleh sayang sangat dekat kau aku pun tak tahu.”
“ Dahlah mama. Jom kita makan dekat luar je. Zahira lapar ni mama. Kalau nak layan si Kaisara ni sampai bila pun tak habis.” Zahira menjeling Kaisara.
“ Jomlah Zahira. Mama pun tak tahan nak duduk rumah ni lama-lama.” Mereka berdua bangun daripada tempat duduknya.
“ Mama…sekejap mama.”
“ Kenapa Zahira?”
“ Zahira nak bawak rendang ni pergi dapur. Kesian Kak Kaisara dah masak penat-penat, Zahira kenalah kemas kan?”
“ Tak payah baik sangatlah Zahira.”
“ Tak pe ma.” Zahira perlahan-lahan membawa rendang ayam yang diletakkan di dalam bekas kaca ke dapur.
PRANG!!!...
Habis bertaburan kaca dan rendang ayam terjatuh di atas lantai. Terkejut Kaisara dibuatnya.
“ Ooppss…sorry. Tak tahu pula macam mana boleh terlepas pula daripada tangan ni. Maaf ye kak.” Zahira tersenyum menyindir. Sesekali terdengar gelak tawa Datin Yuhanis dan Zahira.
“ Ma…jom kita pergi. Dah lambat ni.” Zahira tersenyum puas.
***
Air matanya lekas-lekas diseka apabila telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Sangkaannya tepat apabila Imran yang menelefonnya.
“ Assalammualaikum abang.” Sedaya upaya suaranya diceriakan demi suaminya yang tercinta. Dia tidak mahu Imran mengesyaki apa-apa.
“ Waalaikumsalam sayang. Sayang sihat?.” Soal Imran.
“ Alhamdulillah, sayang sihat. Abang?’’
“ Tak sihat.” Selamba Imran menutur. Sebenarnya dia sengaja ingin mengenakan isterinya.
“ Abang tak sihat? Abang sakit apa? Kenapa tak beritahu sayang awal-awal? Abang dah makan ubat?.” Bertalu-talu soalan dikemukan Kaisara kepada Imran. Imran yang mendengar ketawa besar.
“ Kenapa abang ketawa?.” Soal Kaisara tidak mengerti.
“ Sayang ni, abang baru kata tak sihat, sayang dah tanya soalan macam polis soal penjenayah pula. Comellah sayang ni.”
“ Abang, sayang serius ni tau.”
“ Okey,okey. Abang tak sihat sebab terlalu rindu dekat sayang.”
“ Abang…saja buat sayang risau tau. Ingat tak sihat pasal apalah.” Manja suara Kaisara. Imran hanya tersenyum.
“ Terlalu rindu dekat sayang pun boleh jadi tak sihat tau.”
“ Yelah abang…”
“ Abang…sayang pun rindu dekat abang. Sayang rindu nak cuit hidung mancung abang. Sayang rindu nak renung mata galak abang. Sayang rindu nak pegang tangan abang. Sayang rindu sangat dekat pahlawan sayang ni.” Sambung Kaisara.
“Wah…rindunya sayang dekat abang tapi abang lagi rindu dekat sayang.”
“ Tak. Sayang lagi lebih rindu dekat abang.”
“ Abang lagi lagi lagi lebih lebih lebih rindu dekat sayang!.” Balas Imran. Mereka berdua saling ketawa.
“ Zahira jaga sayang baik-baik tak kat sana?” Soal Imran setelah keadaan menjadi tenang. Kaisara tersentak. Jika Imran tahu apa yang berlaku antara dirinya dan Zahira…
“ Soalan apa tu bang? Mestilah Zahira jaga sayang baik-baik.” Kaisara cuba menutup cerita. Dia tidak mahu suaminya tahu mengenai perangai sebenar Zahira dan ibu mertuanya.
“ Zahira tak buli sayangkan?” Soal Imran sekali lagi. Seakan-akan mengetahui situasinya di rumah ini.
“ Apa abang ni. Tak ada istilah buli-membulilah. Kami baik-baik belaka. Mama pun selalu datang rumah melawat sayang. Mereka sangat baik bang. Abang janganlah risau.”
“ Baiklah macam tu. Abang pun tenang je dapat tahu sayang abang baik-baik dekat sana.”
“ Abang…kenapa abang tak tanya pula sayang jaga Zahira baik-baik tak?.” Tiba giliran Kaisara bertanya.
“ Sebab abang yakin sayang abang akan jaga sesiapa saja dengan baik. Jadi abang tak risau pasal Zahira.” Terharu Kaisara mendengar kata-kata suaminya itu.
“ Sayang…sa atazakkaruki daaiman.” Lembut Imran menutur.
“ Apa maksud tu bang? Sayang tak fahamlah.”
“ Maksudnya…abang akan ingat sayang selalu.” Kaisara tersenyum.
“ Ohh..kalau macam tu…sa atazakkaruka daaiman daaiman.” Sayang akan ingat abang selalu selalu. Sekali lagi mereka berdua saling ketawa.
***
“ Zahira nampak telefon akak tak?.” Soal Kaisara kepada Zahira yang sedang leka menonton televisyen.
“ Tak ada masa lah aku nak ambil tahu pasal telefon kau.” Kasar Zahira membalas. Kaisara buntu mencari telefonnya. Biasanya dia akan meletakkan telefon bimbitnya di ruang tamu apabila dia berada di luar bilik supaya senang dia hendak mendengar panggilan telefon. Namun, pagi ini tidak pula kelihatan. Tiba-tiba Kaisara terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya berdekatan dengan Zahira. Zahira mengetap bibirnya. Macam mana pula boleh terlupa nak silence phone perempuan ni…
“ Zahira, telefon akak ada pada Zahira kan?.”
“ Eh, macam mana pula telefon ni boleh ada dekat sini?” Zahira berpura-pura tidak tahu. Deringan telefon masih berbunyi. Zahira melihat nama yang terpapar di skrin telefon.
“ Pahlawanku?.” Zahira menyebutnya sambil tersenyum.
“ Zahira, akak minta tolong Zahira pulangkan. Itu panggilan daripada abang Imran. Zahira…” Suara Kaisara seakan merayu. Zahira menghulurkan telefon bimbit kepada Kaisara, namun, belum sempat Kaisara mahu mengambil. Zahira pantas menarik kembali.
“ Zahira, jangan buat akak macam ni. Akak nak cakap dengan abang Imran.” Sekali lagi Kaisara merayu.
“ Kau ingat aku bodoh macam kau? Kalau aku bagi ni dekat kau, sah-sahlah kau bagitahu Imran pasal akukan?.”
“ Akak tak pernah beritahu apa-apa pasal Zahira dekat abang Imran percayalah. Zahira, akak minta tolong sangat. Kembalikan telefon akak. Akak tak nak abang Imran risau.”
“ Ohh…kalau dengan kau, hari-hari dia telefon. Kalau dengan aku, nak mesej pun bukan main payah. Sayang betul dia dekat kau ye.”
“ Mungkin abang Imran sibuk. Tak baik berprasangka buruk terhadap suami Zahira.” Kaisara cuba menasihati. Perlahan-lahan Zahira menuju ke arah Kaisara. Direntap kasar rambut Kaisara menyebabkan Kaisara terdongak sedikit ke belakang.
“ Aku berprasangka buruk pun sebabkan kau. Sikap mengada-ngada kau pada Imran menyebabkan aku meluat. Kau tahu?.” Kaisara menahan sakit rambutnya ditarik. Matanya terpejam rapat.
“ Kau nak aku pulangkan telefon ni? Boleh…”Rambut Kaisara dilepaskan. Kaisara terduduk. Telefon Kaisara dibuka. Sim card diambil Zahira. Telefon bimbit Kaisara dicampak di hadapan mata Kaisara. Berkecai dibuatnya. Kaisara hanya mampu menitiskan air mata. Telefon bimbit itu merupakan pemberian Imran semasa hantaran perkahwinannya. Sekarang, telefon itu sudah berkecai.
“ Kau nampak ni?.” Zahira menunjukkan sim card Kaisara.Kaisara hanya memandang. Sim card Kaisara di patah dua.
“ Lepas ni, Imran tak dapat nak berhubung dengan kau. Baru puas hati aku.” Luah Zahira.
“ Kenapa Zahira buat akak macam ni?.” Perlahan Kaisara bersuara namun masih jelas dipendengaran Zahira.
“ Sebab aku nak hidup dengan Imran seorang.” Air mata Kaisara mengalir deras.
***
Kaisara tersenyum manis. Rasanya hari ini hari yang paling bahagia buat dirinya. Biarlah kegembiraan yang dirasakan ini dirahsiakan daripada pengetahuan Imran. Dia mahu memberitahu kepada Imran sejurus apabila Imran pulang daripada rumah. Sesekali telefon bimbitnya yang dipecahkan oleh Zahira ditatap lama. Alhamdulillah…jangka hayat telefon itu masih lagi panjang. Nasib baik masih boleh dibetulkan dan dipakai semula. Cuma nombor sahaja yang bertukar. Mesti suaminya risau akan keadaannya. Tiba masa jarinya ingin menekan butang memanggil untuk menelefon suaminya, pintu bilik diketuk kuat.
“ Perempuan, buka pintu ni!.” Datin Yuhanis berteriak kuat. Perlahan-lahan Kaisara membuka pintu.
“ Mama, ada apa?” Sopan Kaisara menutur. Dipandangnya Datin Yuhanis dan Zahira silih berganti.
“ Kau pergi mana tadi?.” Soal Zahira pula. Kaisara tersentak.
“ Akak pergi kedai tadi Zahira.” Kaisara terpaksa berbohong.
“ Kau dah pandai berbohong sekarangkan? Tadi aku nampak kau dekat kedai handset. Kau buat apa dekat situ?.” Datin Yuhanis bersuara.
“ Kau betulkan telefon kau yang aku dah pecahkan tu eh? Mana telefon tu?.” Zahira pula bersuara.
“ Zahira…akak…” Belum sempat Kaisara menghabiskan kata-katanya, Zahira ternampak telefon bimbit Kaisara di tangan. Cepat-cepat Kaisara menyorokkannya dibelakang.
“ Mama…dia sekarang ni pandai menipu dah. Sekarang pun dia dah pandai dah sabotaj kita ma…Dia nak beritahu yang kita ni jahat dekat suami tercinta dia tu.” Kaisara yang mendengar kata-kata Zahira hanya menggelengkan kepala. Tidak terniat sikit pun dihatinya untuk mengadu. Dia hanya rindu untuk mendengar suaminya. Itu sahaja.
“Mama, Zahira, bukan macam tu.” Kaisara cuba menjelaskan.
“ Bagi telefon tu dekat aku sekarang.” Datin Yuhanis seakan memberi arahan. Kaisara terdiam. Dia tidak mahu kali ini telefon bimbit itu dihancurkan buat kali kedua.
“ Kau degil ye. Kau betul-betul mencabar kesabaran aku.” Satu tamparan hinggap di pipi kiri Kaisara. Berdarah dibuatnya bibir Kaisara.
“ Kau nak bagi ke tak telefon tu? Ataupun nak kami guna cara kasar?” Kaisara diam. Telefon bimbit dipegang kejap.
“ Mama, kita rasa kita kena guna cara lain mama.” Datin Yuhanis mengangguk. Zahira menuju ke dapur. Diambilnya air rebusan akar-akar kayu yang baru direbusnya tadi ke dalam cawan.
“ Mampus lepas ni kau Kaisara. Imran akan jadi milik aku.” Zahira tersenyum sendiri.
“ Zahira, pegang tangan dia. Jangan biar dia terlepas kali ni.” Datin Yuhanis memberi arahan. Cawan bertukar tangan. Zahira memegang tangan Kaisara kasar. Terlepas telefon bimbit itu daripada tangannya. Kaisara tidak mampu melawan. Kudratnya hilang.
“ Hari ni…aku nak bagi kau ubat. Ubat ni insyaallah boleh buat kau mengandung. Kau kan mandul!.”
“ Mama ubat apa ni?.” Kaisara mulai curiga.
“ Kau ni pekak ke? Kan mama kata ubat tu boleh buat kau mengandung. Biar kau tu subur sikit. Buka jelah mulut tu.” Zahira menjawab kasar.
“ Mama…jangan buat Kaisara macam ni mama. Kaisara tak nak minum air tu. Mama…” Kaisara merayu. Air matanya mengalir.
“ Kesiannya dia…tapi mama buat semua ni untuk Kaisara. Susah tau mama dapat resepi air akar kayu ni.” Datin Yuhanis seakan memujuk.
“Sayang…buka mulut.” Datin Yuhanis tersenyum manis. Kaisara tidak mahu menurut. Dia tahu air itu hanya memudaratkan dirinya.
“ Oh…nak guna cara kasar. Aku cakap lembut kau tak nak ikut kan.” Tangan Datin Yuhanis lantas memegang kuat rahang Kaisara memaksa Kaisara untuk membuka mulut. Tanpa belas ihsan, Datin Yuhanis menuangkan air rebusan yang masih panas itu ke dalam mulut Kaisara. Meraung Kaisara dibuatnya. Zahira ketawa gembira.
“ Mampus kau!.” Setelah melihat Kaisara tidak bermaya, ditolak kuat kepala Kaisara di atas lantai. Kaisara menutup matanya.
***
“ Assalamualaikum. Sayang, Zahira.” Imran memberi salam.
“ Waalaikumsalam. Abang…kenapa balik awal? Bukan abang ada lagi seminggu ke?.” Zahira terkejut apabila melihat Imran berada di depan pintu. Tangan Imran dicium lambat-lambat.
“Tak suka ke abang balik awal?.”
“ Bukan maksud Zahira macam tu. Zahira suka.” Zahira cuba memaniskan wajahnya.
“ Sayang…sayang…abang dah balik.” Imran memanggil Kaisara. Kaisara mesti terkejut apabila melihatnya sudah pulang.Rindunya kepada Kaisara bukan kepalang. Sudah beberapa hari dia tidak sempat menghubungi Kaisara kerana terlalu sibuk. Ada juga dia menanyakan khabar Kaisara daripada Zahira yang menelefonnya. Apabila tiba masa dia mahu mendengar suara isterinya yang tercinta, Zahira mengatakan bahawa Kaisara sudah tidur. Zahira pula tidak senang duduk dibuatnya.
“ Zahira buatkan air untuk abang ye.” Zahira cepat-cepat menuju ke dapur.
“ Kak Kaisara mana?.”
“ Abang mesti penatkan, abang rehatlah dulu. Zahira buat air kejap je.” Zahira cuba mengalih topik perbualan. Imran pelik melihat kelakuan Zahira.
“ Abang tanya, Kak Kaisara mana?.” Zahira tidak mampu mengelak lagi. Imran betul-betul berdiri di belakangnya.
“ Zahira tak tahu.”
“ Macam mana pula Zahira tak tahu?.” Muka Imran kelihatan tegang. Takut Zahira untuk melihatnya.
“ Im tak payah nak tanya Zahira pasal Kaisara. Kalau Im nak tahu Kaisara dah tinggalkan rumah ni.” Datin Yuhanis menyampuk. Imran dan Zahira saling berpaling ke arah Datin Yuhanis. Zahira menarik nafas lega.
“ Apa mama dah buat dekat Kaisara?.”
“ Kenapa Im tuduh mama? Mama tak buat apa-apa pun. Kalau Im nak tahu, sepanjang Im tak ada, Kaisara selalu keluar rumah dengan jantan. Sejak beberapa hari ni, dia langsung tak balik. Tu lah akibatnya kalau terlampau percaya sangat dengan perempuan kampung tu.”
“ Mama….cukup. Im tahu Kaisara macam mana. Kaisara tak kan tinggalkan rumah ni kalau tak ada perkara yang menyebabkan dia keluar daripada rumah ni.”
“ Apa agaknya perempuan tu kasi Im makan ye. Apa yang mama cakap semua Im tak percaya. Im, mama rasa Im ni dah kena nasi kangkang si Kaisara tu agaknya.”
“ Mama! Im kata cukup. Jangan nak fitnah Kaisara sampai macam tu sekali. ” Imran bergegas pergi menuju ke bilik Kaisara. Dilihatnya semua pakaian masih tersusun rapi di dalam almari. Tiada tanda-tanda Kaisara melarikan diri daripada rumah. Imran berputus harap. Terduduk dia di atas katil. Terasa separuh dirinya telah hilang di bawa pergi Kaisara.
“ Sayang…sayang pergi mana? Abang rindu sayang…Abang tak percaya kata-kata mama kepada sayang sebab abang tahu sayang akan bersama abang. Sayang…bukan ke sayang janji akan bersama abang sampai bila-bila?.” Imran menatap lama gambar perkahwinannya dengan Kaisara di atas meja solek. Air mata lelakinya sesekali menitis.
“ Ya Allah…kau berikan petunjuk kepadaku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.” Imran menutur kata perlahan. Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu kertas yang terjatuh di atas lantai. Perlahan-lahan Imran mengambil kertas itu.
Assalammualaikum Pahlawanku…
Abang, maafkan sayang kerana meninggalkan rumah tanpa izin abang. Bukan bermaksud sayang benci kepada abang tapi keadaan telah memaksa sayang untuk meninggalkan rumah. Abang, izinkan sayang untuk pergi abang.Abang jangan risau tentang sayang. Sayang perlukan kekuatan untuk berjumpa dengan abang kembali. Sampai masanya nanti, insyaallah…kita akan bertemu. Sayang nak abang tahu bahawa sayang amat sayang abang. Sayang sangat rindu abang. Sayang nak abang tahu, abang ada di hati sayang sampai bila-bila. Maafkan sayang sekali lagi.Jika kita tidak dapat berjumpa di dunia, insyaallah kita berjumpa di syurga.Amin…
Air mata Imran sekali lagi menitis. Ya Allah…apa yang aku dah lakukan? Imran bergegas turun ke bawah.
“ Mama! Zahira! Apa sebenarnya yang dah berlaku?” Imran menunjukkan surat Kaisara ditangannya. Datin Yuhanis dan Zahira saling berpandangan dan menelan air liur. Tiada kata yang mampu untuk diucapkan saat ini.
***
Sekali-sekala Imran tersenyum apabila melihat gelagat kanak-kanak yang bermain-main di sekeliling padang. Sekiranya Kaisara ada di sisinya, sudah pasti Kaisara turut berasa gembira melihat kanak-kanak itu. Sudah setahun pemergian Kaisara, namun, Imran masih setia menanti Kaisara. Dia yakin, suatu hari nanti dia akan bertemu dengan isterinya itu. Fikirannya melayang mengenangkan kembali kenangannya bersama Kaisara. Setiap kenangan dia tidak mampu untuk melupakan.
“ Abang, satu masa nanti, kalau sayang jauh daripada abang, sayang tak nak abang sedih-sedih tau. Sayang nak abang kuat sebab abangkan pahlawan sayang.” Kata-kata Kaisara suatu ketika dahulu masih tergiang-giang di mindanya.
“ Sayang…abang kuat kerana sayang. Abang akan tetap tunggu sayang. Itu janji abang.” Imran berikrar sendiri. Walaupun dia tidak tahu keberadaan Kaisara tika ini, dia masih mengharapkan pertemuan dengan isterinya itu. Segala-galanya dia berserah kepada Allah. Sedang Imran melayan perasaannya sendiri, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenalinya.
“ Assalammualaikum.” Imran memberi salam. Namun tiada jawapan di talian.
“ Siapa ni? Kenapa tak jawab?.” Suara masih tidak kedengaran tapi talian masih bersambung.
“ Sayang…” Tiba-tiba perkataan itu terpacul daripada mulut Imran. Entah kenapa dia merasakan itu adalah panggilan daripada Kaisara. Pernah juga beberapa kali dia menerima panggilan telefon daripada beberapa nombor yang tidak dikenalinya. Setiap kali dia mengangkat, tiada suara yang menjawab.
Tet…tet…tet…
Talian telefon dimatikan oleh si pemanggil. Telefon Imran masih lagi melekap di telinganya.
“ Jika sayang yang menelefon abang, abang nak beritahu sayang. Abang rindu sayang sangat-sangat.” Air matanya mengalir.
***
Hari ini Imran mengambil cuti.Kesempatan ini Imran mengambil peluang untuk membeli barangan dapur yang semakin kehabisan stok di rumahnya. Jika Kaisara ada, sudah semestinya barang-barang dapur di rumahnya tidak pernah kehabisan kerana Kaisara memang suka benar membeli-belah. Tiba-tiba hari ini dia rindu pula untuk makan spaghetti. Di atur langkahnya ke tempat barangan kering. Sedang dia ingin memilih, tiba-tiba terasa badannya di langgar seseorang. Seorang perempuan yang berjubah hitam dan berpurdah. Habis barang-barang perempuan itu berselerak. Imran turut menunduk menolong perempuan itu mengutip barangnya. Walaupun bukan dia yang bersalah, tapi atas sikap untuk menolong dia melakukannya.
“ Maaf encik, saya tak sengaja.”Suara itu amat dikenalinya. Mata mereka saling bertembung. Sepasang mata itu, benar-benar mengingatkannya mengenai seseorang. Mereka menatap lama. Tiba-tiba, Imran melihat sepasang mata itu berair seakan-akan menyembunyikan kerinduannya selama ini. Namun,belum sempat Imran ingin menafsirkannya, cepat-cepat mata perempuan itu tertunduk.
“ Maaf, saya teringat suami saya. Saya pergi dulu.” Perempuan itu lekas-lekas pergi meninggalkan Imran di situ. Barang-barangnya ditinggalkan. Imran terkesima.
***
Kaisara lekas-lekas pergi daripada situ. Dia tidak mahu Imran mengenalinya. Walaupun hatinya begitu rindu menatap wajah itu, begitu rindu untuk mengucup tangan suaminya itu, namun dia masih belum cukup kuat untuk melakukannya. Dia belum bersedia lagi.
“ Abang maafkan sayang…”Perlahan Kaisara menutur.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Namun tidak lekas Kaisara menjawab. Telefon bimbit itu benar-benar mengingatkannya mengenai suaminya. Kaisara tersedar daripada lamunan. Panggilan telefon dijawab.
“ Assalammualaikum.” Kaisara memberi salam.
“ Waalaikumsalam, maaf menganggu puan. Puan sibuk ke?.”
“ Tak, saya tak sibuk. Kenapa Aishah telefon saya ye?.” Tanya Kaisara sopan. Aishah merupakan pembantu kepada Kaisara.
“ Puan, saya cuma nak pastikan balik nama penuh puan. Takut pula nanti saya nak bagi surat dekat klien tersalah nama pula.” Kaisara hanya tersenyum. Aishah merupakan perkerja barunya.Jadi, memang patut pun Aishah tidak mengingati nama penuh Kaisara.
“ Itu je? Hmm…lepas ni awak kena ingat nama saya tau. Saya tak kan ulang balik. Kalau awak tak ingat saya pecat awak.” Kaisara ketawa bergurau. Aishah pun turut ketawa.
“ Puan…janganlah sampai macam tu sekali. Kesian saya.”
“ Saya bergurau je lah Aishah. Awak jangan ambil kisah ye.”
“ Nama penuh saya…Nur Kaisara Alexanderia.” Sambung Kaisara. Setelah mendapat maklumat yang dikehendaki, Aishah meminta untuk memutuskan talian. Mereka berdua memutuskan talian dengan saling membalas salam. Kaisara tersenyum. Ternyata impiannya selama ini sudah terlaksana dengan izin Allah. Sekarang Kaisara mempunyai butik busana muslimahnya sendiri. Itu semua adalah berkat pertolongan ibu pengasuhnya yang banyak membantu. Andainya kejayaan ini dapat dikongsi bersama-sama dengan suaminya saat ini.
“ Sayang…berapa lama lagi abang kena tunggu?.” Kaisara tersentak. Langkah kakinya terhenti. Suara itu benar-benar menyentuh naluri wanitanya. Suara itulah yang amat dia rindui. Sanggup dia menelefon nombor suaminya semata-mata untuk mendengar suara orang yang amat dia cintai itu.
“ Maaf, awak salah orang.” Kaisara cuba menafikan.
“ Siapa lagi yang mempunyai nama Nur Kaisara Alexanderia selain sayang?.” Kaisara terdiam. Nyatanya sedari tadi Imran mengekorinya dan mendengar perbualannya dengan Aishah.
“ Mata tak akan menipu sayang. Abang kenal mata sayang abang. Bukankah abang suami yang sayang rindukan? Abang pasti sayang adalah sayang abang.” Kaisara yang daripada tadi menunduk, perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang wajah suami yang dirinduinya. Dia sudah tidak sanggup untuk menipu dirinya lagi. Mata mereka saling bertaut.
“ Abang…maafkan sayang.”Kaisara memeluk erat suaminya itu.Perasaan terlalu rindu terhadap suaminya itu tidak mampu dibendung lagi. Dia rindu untuk mendakap suaminya itu. Imran tersentuh dengan perlakuan isterinya. Perlahan-lahan Imran membalas erat pelukan Kaisara. Imran benar-benar bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan kembali dengan isterinya.
***
Imbas Kembali…
Kaisara tersedar daripada pengsan. Kepalanya benar-benar pusing. Perutnya sakit. Mungkin itu kesan ubat air akar kayu yang dipaksa minum oleh ibu mertuanya. Sedaya upaya Kaisara cuba menguatkan diri untuk bangun. Dia harus segera keluar daripada rumah ini sebelum keadaan menjadi lebih buruk lagi. Dengan langkah perlahan, Kaisara melangkah. Dia pasti Datin Yuhanis dan Zahira tidak ada di rumah. Inilah masanya untuk dia pergi.
“ Assalammualaikum…Hanan…” Suara Kaisara menahan sakit. Namun suara itu mampu didengari oleh jirannya itu.
“ Waalaikumsalam. Ya Allah! Kaisara. Apa dah jadi ni?.” Hanan terkejut melihat keadaan Kaisara.
“ Hanan, tolong bawa aku jauh daripada tempat ni. Tolong aku Hanan.”
“ Kaisara, kau jangan buat aku takut macam ni. Jom kita pergi hospital.” Hanan segera memapah Kaisara. Tanpa membuang masa, Hanan terus memandu keretanya.
***
“ Hanan yang tolong sayang masa tu. Sayang juga minta tolong Hanan untuk merahsiakan segalanya tentang Hanan kepada abang.” Jelas Kaisara.
“ Abang rasa bersalah sangat dengan sayang. Semua ni salah abangkan?.”
“ Abang, ini bukan salah abang mahupun sesiapapun. Inilah takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita bang.”
“ Sekarang macam mana keadaan mama dan Zahira bang? Mereka sihat?.” Soal Kaisara.
“ Kaisara…mereka seksa sayang macam tu sekali dan mereka pisahkan kita, sayang masih ingat mereka lagi?.”
“ Abang…macam sayang kata tadi, bukan salah mereka abang. Walau seburuk mana mereka, mereka tetap sebahagian ahli keluarga sayang. Mama tetap ibu mertua sayang dan Zahira tetap madu sayang. Tak kan pernah berubah.”
“ Mulia sungguh hati sayang.” Imran tersenyum manis memandang Kaisara.
“ Bagaimana keadaan mereka bang?” Soal Kaisara sekali lagi. Imran tidak terus menjawab. Pandangan matanya dihalakan ke hadapan.
“ Abang dah ceraikan Zahira.” Perlahan Imran menutur. Kaisara tersentak.
“ Kenapa bang?”
“ Rasanya sayang tahu kenapa abang ceraikan Zahira. Perbuatan Zahira kepada sayang memang abang tak dapat nak maafkan.” Kaisara terdiam.
“ Mama pula sekarang berada di Hospital Bahagia.” Lambat Imran menutur.
“ Astagfirullah al-azim…macam mana boleh macam tu bang. Apa terjadi dekat mama?”
“ Mungkin ini semua balasan untuk dia. Abang  reda. Mama tak dapat terima kenyataan yang anak menantu kesayangan dia, Zahira sanggup mengkhianati dia daripada belakang. Zahira habiskan kesemua duit hasil bisnes butik mama sehingga mama jatuh muflis. Zahira entah lari ke mana. Dalam masa yang sama, mama selalu meyebut nama Kaisara. Dia selalu bercakap seorang diri. Dia selalu kata dia nak jumpa Kaisara dan minta ampun daripada Kaisara.”
“ Kadang-kadang kehidupan ini macam roda. Tak semestinya roda itu sentiasa berpusing ke atas. Sampai masa dia akan berpusing ke bawah juga.” Kata Imran.
“ Hidup abang sunyi tanpa sayang…”Sambung Imran lagi. Ditatap lama wajah isterinya yang masih berpurdah itu.
“ Sayang…abang ada suatu permintaan.”
“ Apa dia bang?.”
“ Abang rindu nak tengok wajah sayang abang. Izinkan abang untuk melihat wajah manis sayang.” Kaisara tersentak. Rasanya tidak perlu seorang suami untuk meminta izin isteri untuk melihat wajahnya. Namun, jika dia membuka purdah ini, adakah suaminya akan dapat menerimanya kembali? Perlahan-lahan, Kaisara membuka purdahnya. Imran seakan terkejut melihat perubahan yang terdapat di muka Kaisara.Ya Allah! Apa yang mereka sudah lakukan pada Kaisara? Kaisara hanya menunduk.
“ Sayang tak paksa abang untuk menerima sayang kembali.” Perlahan Kaisara menutur kata. Perlahan jari-jari Imran menyentuh lembut parut di pipi Kaisara kesan daripada perbuatan Datin Yuhanis dan Zahira. Kaisara terkejut melihat tindakan suaminya.
“ Abang masih sayang sayang?.”
“ Sebab ini sayang jauh daripada abang? Sebab ini sayang tak nak jumpa abang?.” Lembut Imran menutur kata. Kaisara mengangguk perlahan. Air matanya mengalir. Namun sempat diseka Imran.
“ Sayang malu nak jumpa abang dalam keadaan sayang begini. Sayang dah tak cantik buat abang.” Sesekali Imran menggelengkan kepalanya.
“ Cinta abang buat sayang untuk selamanya. Parut yang sedikit ni tak kan merosakkan cinta abang pada sayang. Sayang abang tetap cantik pada pandangan mata abang.” Kaisara tersentuh mendengar kata-kata suaminya itu. Sesekali kepalanya dilentokkan pada bahu Imran.
“ Abang…terima kasih kerana menjadi suami yang paling baik untuk sayang.”
“ Sayang, abang yang patut ucapkan terima kasih kepada sayang sebab menjadi isteri yang paling baik untuk abang.”
“ Tak…sebenarnya, kita patut ucap terima kasih kepada Allah kerana memberikan sayang suami yang baik dan abang diberikan isteri yang baik macam sayang.Kan?”Imran mengangguk. Mereka saling ketawa.
“ Sayang…cinta kita tetap samakan?.” Soal Imran. Kaisara tersenyum.
“ Ya…cinta kita tetap sama.” Jari kelingking mereka saling bertaut. Mereka tersenyum bahagia.
“ Abang…ada suatu perkara yang abang perlu tahu.”
“ Apa dia?”
“ Abang kena ikut sayang balik dulu.”
***
Sampai sahaja di rumah, Kaisara menarik tangan suaminya lembut. “ Assalammualaikum, ibu.” Kaisara memberi salam. Pintu dibuka. Dilihatnya wanita separuh umur berada di depan pintu menyambut mereka dengan senyuman.
“ Ibu…ini suami Kaisara.” Puan Jaimah dan Imran saling mengangguk dan tersenyum.
“ Abang, ini ibu pengasuh sayang masa kecil-kecil dulu. Ibu banyak bantu sayang dalam masa setahun ni.”
“ Terima kasih ibu kerana jaga isteri saya selama ni.”Puan Jaimah hanya tersenyum.
“ Tak ada apalah. Ibu dah anggap Kaisara macam anak ibu sendiri. Eh, kenapa tunggu kat luar? Mari masuk.”
“ Abang duduk sekejap ye. Nanti sayang buatkan abang air. Mesti abang rindu air buatan sayang kan?” Kaisara mengusik. Imran hanya tersenyum.
“ Ibu, Danish tidur ke?”
“ A’a. Tadi ibu bagi susu dia terus tidur.”
“ Siapa Danish?.” Soal Imran. Bila sahaja Puan Jaimah ingin memberitahu, Kaisara menunjukkan isyarat supaya Puan Jaimah tidak memberitahu terlebih dahulu.
“ Kejap lagi abang akan tahu.” Kaisara tersenyum dan mengatur langkah kakinya ke dapur.
***
“ Muhammad Danish Aiman bin Muhammad Imran. Itu nama yang abang nak sangat beri kepada anak kitakan?.”
“ Abang perlu tahu…yang berada di hadapan kita sekarang adalah anak kita.” Sambung Kaisara.
“ Anak kita?.” Imran seakan tidak percaya. Kaisara mengangguk.
“ Ya. Anak kita. Zuriat kita dan mujahid kita bang.” Perlahan Kaisara menutur kata.
“ Mesti abang tak percayakan? Mula-mula pun Kaisara tak percaya yang Kaisara mengandung. Namun, dalam dunia ni tiada apa yang mustahil dengan izin-Nya. Selama sembilan bulan sepuluh hari sayang mengandungkan Danish.” Diusap lembut rambut Danish yang sedang lena tidurnya. Mukanya benar-benar mirip suaminya.
“ Inikah sebabnya sayang tinggalkan rumah?.” Soal Imran. Bergenang air matanya. Kaisara mengangguk.
“ Sayang tak mahu Zahira dan mama tahu mengenai kandungan sayang. Sayang takut mereka akan cuba untuk melakukan apa-apa kepada kandungan sayang. Fikir sayang, sayang nak beritahu abang selepas abang balik ke rumah tapi tak kesampaian. Nyaris-nyaris juga sayang kehilangan Danish masa awal kandungan. Allah Maha Berkuasa, dia menentukan segalanya. Kandungan sayang selamat dan akhirnya lahirlah Danish yang comel macam papa dia.”Kaisara memandang Imran. Imran tersenyum.
“ Maafkan abang kerana abang tak bersama-sama sayang sebelum, semasa, dan selepas melahirkan Danish…”
“ Abang…sepatutnya sayang yang patut minta maaf pada abang sebab sayang merahsiakan hal ini. Abang maafkan sayang ye?.”
“ Sayang tak buat apa salah pun dengan abang. Pastinya sukar untuk sayang melahirkan Danish untuk abang. Pengorbanan sayang terlalu besar.”
“ Abang… tak ada apa yang susah bang. Sayang bangga sebab dapat lahirkan Danish untuk abang. Danish merupakan hadiah terbesar daripada abang buat sayang.”
“ Setiap kali sayang rindu dekat abang, sayang akan tengok Danish. Danish seolah-olah bayangan abang pada sayang.” Luah Kaisara.
“ Sayang…terima kasih. Terima kasih melahirkan zuriat untuk abang.” Perlahan-lahan dia mengucup dahi Kaisara. Seterusnya Imran mengucup pipi anaknya. Muhammad Danish Aiman merupakan anugerah terbesar buat dirinya dan isterinya. Siapa menyangka kesudahan yang baik untuk dirinya setelah lama terpisah dengan isterinya yang tercinta. Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik.
“ Terima kasih Ya Allah.”
***
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengaan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.” (2:286)
~Akhir Kalam, 24 Mei 2012, 9.12PM~