BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday 22 July 2011

Mentarang OH Mentarang

Assalammualaikum...


Bertemu kita di new post...Kawan2 ape khabar?sihat?...Topik kita hari ini (da macam nak bagi ceramah)...Mentarang oh mentarang...apa bendela si mentarang ni...alat mainan ke?sejenis alatan muzik ke?atau sejenis kenderaan?Salah sama sekali tekaan anda semua...Mentarang ni sama spesis dengan siput,lala,kerang..tu kira adik-beradik dielah ni...Jadi nak dipendekkan cerita, si mentarang ni sejenis seafood dan boleh dimakan.
Ni mentarang bakar namanya...dengan sos nyer



Hmm..dapat bayang tak mentarang tu macam mana?Memang sedap mentarang ni.Rasa macam kerang.First time kenal mentarang ni pun masa tengok Majalah 3.Baru tahu ada mentarang.Mentarang ni memang terkenal dekat area Sekinchan dan Sabak Bernam.Mentarang ni bole masak sup,bakar,dan juga bole masak goreng tepung.Wah...memang lazat.Betapa nikmatnya dan lazatnya makhluk Allah yang bernama mentarang ni.
 Tempat makan mentarang dekat Sekinchan

Nak dijadikan cerita,satu hari ni melawat ke Kg Sekinchan berjumpa dengan Sidang (ataupun Tok ketua) kampung tu.Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi hari tu, Sidang belanja makan mentarang.Dahlah masa tu memg nak tahu sangat rasa mentarang tu.Rasa macam bersyukur sangat2 kerana ada yang sudi belanja makan mentarang.Memang rugi siapa yang tak makan mentarang.Rasa teringin nak makan lagi.Maybe next time if dipanjangkan umur.The moral value is...rezeki ada depan mata janganlah ditolak,hehe...n the important thing is Thank to Allah kerana diberi kesempatan hidup ini untuk merasa nikmat makan mentarang tu...=) Kawan2 cuba2lah try mentarang.Gerenti tak menyesal...malah berbaloi2...


0 comments: