Excited terlebih bila novel ni di adaptasikan dalam drama dekat Tv 1 pada hari khamis dan jumaat. Mula-mula rasa biasa je. Mesti bosan bila novel jadi drama. Dengan pelakon2 yg tak berapa nak sesuai. Tak macam kalau kita baca novel. Hero dan heroin kita bayang sendiri. Satu hari aku cubalah tengok drama ini...sekali boleh lah pula terlayan. Yelah....excited kot bila apa yang kita baca, ayat dia sama dekat dalam drama. Then,drama ni mengingatkan kembali scene2 novel yg kita baca. Not bad, lakonan Sara Ali sebagai Farishah Iman and Fizz Fairuz sbg Farish Hakimi. Mula2 nampak macam, why hero dia like that? However, dah layan drama dia...tengok adalah keserasian dia dengan watak tu. Kenapa suka cerita ni? Sbb tak sabar nak tengok part Farish Hakimi ceraikan Farishah Iman.
A : Why?
B : o_o
C: Orang sedih bila bab cerai...kau pula tak sabar nak tgk diorg cerai...kau ni kenapa!??? (emosi)
Wait-wait...
Jangan marah2 beb.Memang tak suka pun bab cerai ni. Tapi nak tgk mcam mana kejamnya Farish Hakimi ceraikan Farishah Iman dengan just tulis atas kertas je. Buat perempuan macam tak bermaruah je. Lepas tu dia boleh blah tinggal macam tu je...nak tgk macam mana scene ni dimainkan...tu je :D....mybe next episode...
Saturday, 16 March 2013
Cinta Kau & Aku
Posted by SAMT at 07:26 0 comments
Akukah yang bersalah?
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum~
A : Kau tgk tajuk entri dia kali ni...tak boleh go~
B : Entah..bajet nak gimik je...
SAMT : Ehem ehem...saya dengar tu...--,
Hari ni aku temankan emak aku jemput2 orang.Al maklumlah, hari perkahwinan makin mendekat.So, nak dijadikan cerita, pergilah teman my mom jemput orang untuk rewang. Bila sahaja pergi rumah-rumah mereka yg nak dijemput ni...Antara dialog2 yang diguna pakai :
Situasi 1
Mak : Datang ni sebenarnya nak menjemput...Datanglah rewang akhir bulan ni...
Mak cik A : Oh yeke...anak yang ni ke yang nak kahwinnyer...
Aku: Erggkk...O_o..bukan...
Emak : Ni hah, abangnya...
Aku : Hehe...(belum layak lagi makcik nak kahwin)...:D
Situasi 2
Mak : Assalammualaikum...
Mak cik B : Waalaikumsalam...
Mak : Datang ni nak menjemput rewang...datanglah ye..
Mak cik B : Insyaallah...
(Masa tu aku kat motor, mak cik B tu tak nampak pun aku. Mak pun cuma nak cakap sekejap je. Masa nak balik tu baru nampak)
Jeng...jeng...jeng...
Mak cik B : eh yang kahwinnya anak lelaki ke perempuan?...
Mak : anak lelaki...abang nya ni hah...
Aku : hehe (...jgn salah tafsir mak cik. saya anta je mak saya menjemput org. bukan saya)...
Situasi 3
Nenek : Kenapa tak menantu sekali je...abg dengan adik macam hari tu.
Mak : Yang ni abang je...
Nenek : kan seng sekali menantu...
Aku : Nek...calonnye takde...mana boleh sekalikan...kehkeh...
~Hakikatnya...hmm macam ni ke gambaran kalau suatu hari nanti aku pula yg kahwin....haha...sah2 aku lah yang akan teman mak aku juga kalau nak menjemput org. Siapa lagikan?...segannyer...:D
~Okey...bukan salah aku eh kalau org kata aku yg kahwin...memg dah layak pun...kehkeh...layak sangat...semuanya yang mereka katakan adalah doa...saya aminkan je...:D...
A: Perasan baguslah tu...
B : Dia memang suka perasan...
SAMT : ehem ehem....excuse me...ini semua poyo!
Posted by SAMT at 07:05 0 comments